Analisis Wacana Hadis tentang Penjagaan Alam Sekitar
Analysis of Hadith Discourse on Environmental Care
Abstract
Keseluruhan bahagian bumi yang didiami hamba Allah SWT ini telah tersentuh oleh kesan pencemaran dan aktiviti manusia. Semakin meningkat populasi manusia dan peningkatan penggunaan per kapita, memberi kekangan besar terhadap sumber semula jadi. Peningkatan kawasan urbanisasi, perindustrian baharu dan amalan pertanian moden mampu mencemarkan sumber air, udara dan tanah. Sumber semula jadi tidak hanya dieksploitasi berlebihan, tetapi dicemari bahan kimia beracun sehingga dikhuatiri menyukarkan kelangsungan hidup generasi akan datang. Jika menelusuri perspektif Islam, salah satu bukti bahawa Islam sangat memperhatikan alam sekitar adalah perintah Rasulullah SAW untuk menyingkirkan gangguan daripada jalan yang diiktiraf sebagai salah satu cabang keimanan. Begitu juga dengan perintah Baginda SAW untuk menanam pokok walaupun esok akan berlaku kiamat. Oleh itu, artikel ini mengulas tentang pandangan semesta (worldview) Rasulullah SAW menerusi hadis berkaitan galakan Baginda SAW untuk menjaga kelestarian alam. Berdasarkan kaedah literatur dan analisis kandungan, dapatan perbincangan melalui perbahasan hadis-hadis terpilih berkaitan penjagaan alam sekitar mendapati terdapat pelbagai hadis yang menekankan konsep melestarikan alam. Bahkan Rasulullah SAW turut memotivasikan umatnya untuk menanam pokok bunga untuk mengubah ekosistem menjadi lebih baik, mengelak daripada rawan banjir dan meningkatkan sumber dan kualiti air akibat pencemaran sungai.
Downloads
References
al-‘Asqalānī, I. H. (2019.). Fatḥ al-Bārī: Sharḥ Ṣaḥīḥ al-Bukhārī. Jil. 5 & 6. Beirut: Dar al-Fikr.
al-Nawawī, Y. S. (t.th.). Ṣaḥīḥ Muslim bi sharḥ al-Nawawī. Jil. 9. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.
Ghernaout, D. (2017). Environmental principles in the Holy Koran and the Sayings of the Prophet Muhammad. American Journal of Environmental Protection, 6(3), 75-79.
Göktaş, V., & Chowdury, S. R. H. (2019). The Role of Sustainable Development Goals on Environmental Sustainability: A Discourse from An Islamic Perspective. Avrasya Sosyal Ve Ekonomi Araştırmaları Dergisi, 6(5), 279-295.
Hassan, S. N. S., Nor, Z. M., Zakaria, N., & Salaeh, A. (2021). Pertanian Menurut Perspektif As-Sunnah: Tinjauan Umum Pemikiran dan Sumbangan Tokoh-Tokoh Ilmuwan Islam. Journal of Hadith Studies, 6(2), 92-106.
Mohamad, A. B. (2005). Undang-undang dan pengurusan alam sekitar menurut Islam. Malaysian Journal of Evironmental Management, 6, 107-124.
Mohamad, A. B. (2018). Konsep hima dalam Islam dan hubungannya dengan pemeliharaan alam sekitar. Asian Journal of Environment, History and Heritage, 2(1), 59-65.
Mohd Hussain, M. R. (2021, Julai 23). Kelestarian alam sekitar petunjuk kestabilan ekonomi. BH Online. Dicapai daripada https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2021/07/842264/kelestarian-alam-sekitar-petunjuk-kestabilan-ekonomi
Nasir, N. M., Nair, M. S., & Ahmed, P. K. (2021). Institutional isomorphism and environmental sustainability: a new framework from the Shariah perspective. Environment, Development and Sustainability, 23(9), 13555-13568.
Rahman, H. A. (2019). Kesyumulan Islam dalam Aspek Pemeliharaan Alam Sekitar. Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah, Special Issue, 353-365.
Sobian, A. (2021). Pandemik Covid-19 dan Pengabaian Manusia terhadap Alam Sekitar: Ulasan Islami. Jurnal Dunia Pengurusan, 3(1), 58-70.
Sungit, F., Mokhtar, R., & Mohamad Som, H. (2021). Kelestarian Alam Sekitar dan Pemeliharaannya Menurut Maqasid Syariah. International Conference on Syariah & Law2021(ICONSYAL 2021)-Online Conference (pp. 678-692). Bangi: KUIS.
Usman, A. H. (2018). Amalan Budaya Seharian Dalam Masyarakat: Penilaian Semula Menurut Perspektif Hadis. Bandar Seri Putra, Selangor: Penerbit Institut Kajian Hadis dan Akidah (INHAD).
Zakaria, M. B., Hasan, J., & Abdullah, W. I. W. (2018). Sumber Perundangan Pembangunan Tanah Pertanian Menurut Perspektif Islam: Dasar Pertanian Negara (DPN). Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari, 19(1), 33-48.
Zakaria, M. B., Noh, N. C., & Hasan, J. (2020). Kelestarian pertanian dalam Islam. AL-QIYAM International Social Science and Humanities Journal, 3(2), 1-11.
Copyright (c) 2023 HADIS
This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.
Upon acceptance of an article, Authors will be asked to transfer copyright. This transfer will ensure the widest possible dissemination of information. A notification will be sent to the corresponding Author confirming receipt of the manuscript.
If excerpts from other copyrighted works are included, the Author(s) must obtain written permission from the copyright owners and credit the source(s) in the article.
Also, this work is licenced under a http://creativecommons.org/licenses/by/4.0