Tokoh dan Karya Thabat Musnid Wanita dalam Mu‘jam al-Ma‘ajim wa al-Mashyakhat wa al-Faharis wa al-Baramij wa al-Athbat Karya al-Mar‘ashli
Abstract
Rantaian salasilah sanad ilmu-ilmu Islam masih lagi kekal terpelihara secara dokumentasi dalam karya yang dikenali sebagai al-thabat atau juga disebut karya sanad. Karya ini dikarang oleh ilmuwan Islam yang berstatus al-musnid. Tujuan utama karya thabat dihasilkan adalah untuk mengekalkan kesinambungan sanad keilmuan Islam sepanjang zaman serta terpelihara daripada lenyap ditelan zaman. Lantaran itu dunia Islam memiliki ensiklopedia sanad ilmu yang merekodkan ribuan al-musnid dan karya al-thabat sepanjang 15 kurun berjudul Mu‘jam al-Ma‘ajim wa al-Mashyakhat wa al-Faharis wa al-Baramij wa al-Athbat. Karya susunan al-Mar‘ashli ini turut menyenaraikan 27 orang tokoh musnid wanita beserta 31 buah karya thabat mereka. Namun pengenalan tentang mereka hampir tidak pernah didedahkan. Sedangkan pada masa yang sama penglibatan wanita dalam arena ini perlu diketahui supaya ia menjadi sumber inspirasi kepada komuniti ilmuwan wanita semasa agar turut aktif menyambung legasi keilmuan ini pada masa kini. Justeru kajian bertujuan untuk memperkenalkan latar belakang tokoh wanita beserta karya thabat mereka sebagaimana yang terkandung dalam ensiklopedia sanad ini. Data dikumpul berlandaskan metode analisis kandungan serta analisis data dilakukan secara deskriptif. Dapatan menunjukkan terdapat lima kurun sahaja iaitu kurun ke tujuh, lapan, sembilan, 14 dan 15H yang menyenaraikan musnid wanita dalam ensiklopedia ini. Dapatan memperincikan profil tokoh beserta karya tersebut. Perbincangan membabitkan empat spesifikasi penemuan iaitu umur panjang, negara penyumbang, kategori penyusun karya dan faktor penglibatan. Implikasi daripada kajian menunjukkan komitmen umat Islam dalam menguasai kesarjanaan ilmu adalah tidak mengenal jantina. Malahan lelaki dan wanita bergandingan dalam usaha membina kepakaran ilmu Islam termasuk ilmu periwayatan sanad berasaskan metode al-sama‘ dan al-ijaza yang kemudiannya didokumentasikan secara sistematik dalam karya kategori thabat.
Downloads
References
Abu Ghuddah, A.F. (1992). Al-Isnad min al-din. Beirut: Dar al-Qalam.
Brown, J.A.C. (2009). Hadith muhammad’s legacy in the medieval and modern world. Oxford: Oneworld Publications.
al-Dihlawi, S.W.A.A. (2009). Al-Irshad ila Muhimmat al-Isnad. Tahqiq: Badr bin ‘Ali bin Tami al-‘Utaibi. t.tp: Dar al-Afaq.
Ghassan ‘Isa, M. H. (2014). Kutub al-athbat wa dauruha fi hifz turath ahl al-hadith. Majalla jami‘ah al-qudsi al-maftuha li al-abhath wa al-dirasat ـ Jilid 2 (39): 189-229.
al-Ghawri, S.A.M. (2007). Mu‘jam al-mustalahat al-hadithiyya. Dimashq: Dar Ibn Kathir.
Ibn al-Salah, U.A.S. (2003). Siyana sahih muslim min al-ikhlal wa al-ghalat wa himayatuh min al-isqat wa al-saqat. Tahqiq: Farid ‘Abd al-‘Aziz al-Jundi. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyya.
al-Kattani, A.H.A. (1982). Fahras al-faharis wa al-athbat wa mu‘jam al-ma‘ajim wa al-mashyakhat wa al-musalsalat. Tahqiq: Ihsan ‘Abbas. Jil. 1 & 3. Beirut: Dar al-Gharb al-Islamiyy.
al-Khatib, M.A. (1989). Usul al-hadith ‘ulumuh wa mustalahuh. Beirut: Dar al-Fikr.
al-Mar‘ashli, Y.A. (2002). Mu‘jam al-ma‘ajim wa al-mashyakhat wa al-faharis wa al-baramij wa al-athbat. 4 Jil. Riyad: Maktaba al-Rushd.
Muhammad Mamduh, M.S. (2009). Al-Ittijahat al-hadithiyyah fi al-qarn al-rabi‘ ‘ashar. Kaherah: Dar al-Ba’ir.
Muhammad ‘Atiyya. (2017). al-Mar’a wa riwaya al-hadith.[atas talian] Artikel muat turun daripada https://islamonline.net/23343 (11 April, 2023)
al-Nadwi, M.A. (2001). Bughya al-mutabi‘ li asanid al-‘allama al-sharif Muhammad al-Rabi‘. Damshiq: Dar al-Qalam.
al-Nadwi, M.A. (2021). al-Wafa’ bi Asma’ al-Nisa’ Mausu’a Tarajim ‘A’lam al-Nisa’ fi al-Hadith al-Nabawiyy al-Sharif. Beirut: Dar al-Najah & Arab Saudi: Dar al-Minhaj.
al-Shahawi, S.A.M. (2014). Min aujuh takrim al-mar’a fi al-Islam Hathaha ala talab al-‘ilm wa dauruha fi ta‘limih. Majalla al-Da’i al-Shuhriyya. Bil 6-7. [atas talian] Muat turun daripada http://darululoom-deoband.com/arabic/magazine/tmp/1398056390fix4sub4file.ht (11 April 2023)
al-Tarmasi, M.M.A. (1987). Kifayah al-mustafid lima ‘ala minal-asanid. Tahqiq: Muhammad bin ‘Isa al-Fadani. Beirut: Dar al-Basha’ir al-Islamiyyah.
Gambar pengarang dimuat turun daripada https://www.facebook.com/dr.marashly/ (11 April 2023)
Gambar muka hadapan karya dimuat turun daripada https://waqfeya.net/book.php?bid=7675 (11 April 2023)
Takhrij hadis dimuat turun daripada https://www.islamweb.net/ar/library/index.php (11 April 2023)
Copyright (c) 2024 HADIS

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.
Upon acceptance of an article, Authors will be asked to transfer copyright. This transfer will ensure the widest possible dissemination of information. A notification will be sent to the corresponding Author confirming receipt of the manuscript.
If excerpts from other copyrighted works are included, the Author(s) must obtain written permission from the copyright owners and credit the source(s) in the article.
Also, this work is licenced under a http://creativecommons.org/licenses/by/4.0