Menelaah konsep Living Hadis dan kaitannya dengan Iḥyā’ al-Sunnah: satu tinjauan literatur
Revising the concept of Living Hadis and its relationship to Iḥyā’ al-Sunnah: a literature overview
Abstract
Istilah Living Hadis merupakan ungkapan baru khususnya bagi masyarakat Brunei. Istilah ini mula muncul dalam sebuah seminar di UIN Sunan Kalijaga yang mengangkat tema Living Qur’an sebagai Fenomena Sosial-Budaya dianjurkan pada 13-15 Mac 2005. Setelah itu ia mula menjadi perbincangan warga akademik khususnya di UIN Sunan Kalijaga dan secara langsung telah melahirkan karya-karya ilmiah yang mengangkat konsep Living Hadis. Dalam penulisan-penulisan ini mereka mengertikan konsep Living Hadis ini sebagai gejala yang membudaya dalam kalangan masyarakat yang berbentuk pola perilaku yang bersumber dari hadis Nabi Muhammad SAW. Ini bermakna tumpuan mereka adalah mengambil takwilan daripada masyarakat setempat semata terhadap amalan yang dianuti. Lantaran itu, kajian ini signifikan dijalankan bagi mengetahui definisi konsep yang dimaksudkan lebih-lebih lagi ia mirip dengan frasa masyhur iaitu Iḥyā’ al-Sunnah. Metodologi kajian dalam artikel ini menggunakan tinjauan kepustakaan dengan merujuk dan meneliti beberapa penulisan mengenai Living Hadis yang mula mekar dalam beberapa jurnal berwasit di Indonesia bagi mengenal pasti definisi yang diutarakan. Dalam pada itu, pengetahuan definisi yang ditemukan nanti akan dinilai kesesuaiannya dengan istilah Iḥyā’ al-Sunnah sebagai terminologi yang sudah diguna pakai pada zaman para sahabat dan tabiin. Seterusnya, dapatan kajian akan memberikan pencerahan mengenai keperluan untuk memahami nas agama khususnya nas hadis dalam bentuk pemahaman teks dan kontekstual. Lantas nas-nas berkenaan dapat dihidupkan secara “sahih” lebih-lebih lagi hadis berkaitan akidah.
Downloads
References
Aini, S. Q. (2016). Tradisi Qunut dalam Shalat Maghrib di Pondok Pesantren Wahid Hasyim Yogyakarta (Studi Living Hadis). Jurnal Living Hadis, 1(2), 227-241. https://doi.org/10.14421/livinghadis.2016.1120.
Ali, M. (2015). Kajian naskah dan kajian living Qur’an dan living hadith. Journal of Qur’an And Hadith Studies, 4(2), 147-167. https://doi.org/10.15408/quhas.v4i2.2391.
Angelia, Y. & Hasan, I. (2017). Merantau dalam menuntut ilmu (studi Living Hadis oleh masyarakat Minangkabau). Jurnal Living Hadis, 2(1), 67-82. https://doi.org/10.14421/livinghadis.2017.1316.
Anwar, M. K. (2015). Living Hadis. Farabi, 12(1), 72-86. Retrieved from http://www.journal.iaingorontalo.ac.id/index.php/fa/article/view/790.
al-Baghāwī, Ḥ. M. (1983). Sharḥ al-Sunnah. (S. al-Arna‘uṭ (Ed.). Beirut: al-Maktab al-Islāmī.
al-Bukhārī, M. I. (t.th.). Saḥīḥ al-Bukhārī. t.tp.: Dar Tūq al-Najāh.
Farida, U. (2013). Studi pemikiran Fazlur Rahman tentang sunnah dan hadis. ADDIN, (7)2, 223-248. Retrieved from https://media.neliti.com/media/publications/53286-ID-studi-pemikiran-fazlur-rahman-tentang-su.pdf.
Fathullah, A. (2004). Hadits-hadits lemah dan palsu dalam kitab Durratun Nasihin. Jakarta: Darus Sunnah Press.
Iballa, D. K. M. (2016). Tradisi Mandi Balimau di Masyarakat Kuntu: Living Hadis sebagai bukti sejarah. Jurnal Living Hadis, 1(2), 275-293. https://doi.org/10.14421/livinghadis.2016.1122.
Metcalf, B. D. (1993). Living Hadīth in the Tablīghī Jama'āt. The Journal of Asian Studies, 52(3), 584-608. https://doi.org/10.2307/2058855.
Mohd Salleh, N. (2018). Living Hadis sebagai fenomena sosial budaya Indonesia: satu sorotan literatur secara sistematik. 5th International Research Management & Innovation Conference. Putrajaya. 7 Ogos 2018.
Muslim, H. (t.th.). Saḥīḥ Muslim. Beirut: Dār Iḥyā at-Turāth al-‘Arabī.
al-Nasā’ī, A. S. (1986). Sunan al-Nasā’ī. Ḥalab: Maktabat al-Maṭbū'āt al-Islāmiyah.
al-Qaraḍāwī, Y. (2002). Kaifa nata‘āmal ma‘a al-Sunnah al-Nabawiyyah. Kaherah: Dār al-Shurūq.
al-Qāsimī, M. (t.th.). Qawā‘id al-taḥdīth min funūn Muṣṭalaḥ al-Ḥadīth. Beirut: Dār al-Kutub al-‘Ilmiyah.
Qudsy, S. Z. (2016). Living Hadis: genealogi, teori, dan aplikasi. Jurnal Living Hadis, 1(1), 177-196. https://doi.org/10.14421/livinghadis.2016.1073.
Rafi, M. (2019). Living Hadis: studi atas tradisi sedekah nasi bungkus hari Jumat oleh komunitas Sijum Amuntai. Jurnal Living Hadis, 4(1), 133-158. https://doi.org/10.14421/livinghadis.2019.1647.
Ramadhan, R. B. (2017). Latihan Hadroh di Dusun Banyunganti Kidul (Studi Living Hadis: teori fungsional Thomas F. O’dea). Jurnal Living Hadis, 2(1), 49-66. https://doi.org/10.14421/livinghadis.2017.1304.
Sāliḥ, Ṣ. (1984). ‘Ulūm al-Ḥadīth. Beirut: Dār al-Malāyin.
Salleh, N. M., Shamsu, L. S. H., Wazir, R., Usman, A. H., Abdullah, M. F. R., Ismail, A. Z., & Burhanuddin, N. A. (2019). Penyalahgunaan Living Hadis dalam kalangan kelompok liberal: satu sorotan literatur secara sistematik. HADIS, 9(17), 65-78. http://hadis.kuis.edu.my/index.php/inhad/article/view/57.
Suryadilaga, M. (2009). Model-model Living Hadis Pondok Pesantren Krapyak Yogyakarta. Al-Qalam, 1(26), 368.
Suryadilaga, M. (2013). Living Hadis dalam tradisi Sekar Makam. Al-Risalah, 13(1), 163-172.
Syamsuddin, M. (2007). Metodologi penelitian Living Qur’an dan Hadis: teori dan praktek. Yogyakarta: TH Press dan Teras.
Copyright (c) 2021 HADIS

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.
Upon acceptance of an article, Authors will be asked to transfer copyright. This transfer will ensure the widest possible dissemination of information. A notification will be sent to the corresponding Author confirming receipt of the manuscript.
If excerpts from other copyrighted works are included, the Author(s) must obtain written permission from the copyright owners and credit the source(s) in the article.
Also, this work is licenced under a http://creativecommons.org/licenses/by/4.0





