Penghujahan Hadis dalam Keputusan Baḥth al-Masā’il (Perbahasan Masalah Keagamaan) Nahdatul Ulama: Analisis terhadap Hadis-Hadis Bermasalah

Hadith Argument in the Result of Religious Problems Discussions in Nahdatul Ulama: An Analysis of the Problematic Hadiths

Authors

  • Faisal Ahmad Shah Department of al-Quran and al-Hadith, Academy of Islamic Studies, University of Malaya
  • Badaruddin Haba Department of al-Quran and al-Hadith, Academy of Islamic Studies, University of Malaya

DOI:

https://doi.org/10.53840/hadis.v10i19.85

Keywords:

Hujah, Hadis, Keputusan, Bahth al-Masa’il, Nahdatul Ulama

Abstract

NU (Nahdatul Ulama) yang ditubuhkan pada tahun 1926 adalah salah satu organisasi Islam besar di Indonesia yang berkhidmat untuk menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh umat Islam khususnya warga NU melalui satu proses ijtihad jama’i yang dinamakan Bahth al-Masa’il. Keputusan Bahth al-Masa’il yang ditetapkan sebelum tahun 1992 lebih banyak merujuk kepada pandangan ulama mazhab. Kemudian pada tahun 1992 NU menetapkan perlunya merujuk kepada sumber utama hukum Islam dengan menetapkan metode manhaji, yakni mengikut manhaj ulama mazhab dalam istinbat hukum. Maka sejak tahun 1994, NU sudah banyak menggunakan hadis sebagai hujah dalam fatwanya. Oleh itu, penulis tertarik untuk menganalisis hadis-hadis yang dijadikan hujah dalam keputusan Bahth al-Masa’il tahun 1994-1999 demi mengenal pasti kekuatan hujahnya. Kajian ini menggunakan metode kualitatif dan data-data dianalisis dengan metode induktif dan deduktif. Dari empat puluh hadis yang dianalisis dalam kajian ini, didapati lapan hadis yang bermasalah. Satu hadis tidak diketahui sumbernya, satu hadis mawdu’, satu hadis daif jiddan dan lima hadis daif.

ABSTRACT

The NU (Nahdatul Ulama), founded in 1926, is one of the largest Islamic organizations in Indonesia that serves to resolve issues faced by Muslims especially those who are NU members through a collective ijtihad process called baḥth al-masā’il (Discussions of Religious Problems). The result of the baḥth al-masā’il that was set before 1992 refers more to the views of the schools of Islamic jurisprudence. Then in 1992, the NU decreed the need to refer to the main source of Islamic law by following the methodology of schools of thought in the istinbat of Islamic law. Since 1994, the NU has used many hadiths as an argument in its fatwa. Therefore, the authors are interested in analyzing the hadiths that were argued in the result of baḥth al-masā’il from the years 1994-1999 to identify the strength of the NU’s argument. This study applies qualitative methods and data were analysed based on the inductive and deductive methods. Out of the forty hadiths analyzed in this study, eight were found to be problematic hadiths. One hadith is unknown, one hadith is fabricated, one hadith is very weak and five hadiths are weak.

Downloads

Download data is not yet available.

Author Biography

  • Faisal Ahmad Shah, Department of al-Quran and al-Hadith, Academy of Islamic Studies, University of Malaya

    Dilahirkan pada tahun 1972 di Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Pendidikan tinggi beliau bermula dengan ijazah sarjana muda dalam bidang hadith yang diperolehi daripada Universiti Islam Madinah, Arab Saudi pada tahun 1996. Kemudian, beliau kembali ke negaranya dan menyambung pengajian di peringkat Sarjana Pengajian Islam (al-Quran dan al-hadith) daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan berjaya memperolehinya pada tahun 2000. Oleh kerana minat yang tinggi dalam bidang penyelidikan, beliau memutuskan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat doktor falsafah di Universiti Malaya (UM) di bidang hadith dan berjaya memperolehinya pada tahun 2007. Beliau pernah bertugas sebagai pensyarah di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dari tahun 1998 sehingga 2007. Kini, beliau merupakan Profesor Madya di Jabatan Al-Quran dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

    PM. Dr. Faisal Ahmad Shah telah menjalankan beberapa projek yang berkenaan dengan kajian hadis. Di antaranya adalah kajian mengenai Autoriti Hadith di Malaysia: Kajian Kualiti Penghujahan dan Terjemahan; Pendekatan Kontekstual dalam Memahami Hadith-Hadith Nabi: Tumpuan Kepada Pengamalan Hadith-Hadith Hukum Dalam Konteks Malaysia; Sumbangan Lulusan India dan Pakistan dalam Perkembangan Pengajian Hadith di Malaysia, dsb. Selanjutnya, beliau telah mengarang beberapa buku seperti: Takhrij Hadith: Teknik Pencarian Hadith yang Tepat dan Berkesan, Manāhij al-Muḥaddithīn: Metode dan Pendekatan Sarjana Hadith, dll.

Published

2020-06-01

Issue

Section

Bahasa Melayu

How to Cite

Penghujahan Hadis dalam Keputusan Baḥth al-Masā’il (Perbahasan Masalah Keagamaan) Nahdatul Ulama: Analisis terhadap Hadis-Hadis Bermasalah: Hadith Argument in the Result of Religious Problems Discussions in Nahdatul Ulama: An Analysis of the Problematic Hadiths. (2020). HADIS, 10(19), 465-477. https://doi.org/10.53840/hadis.v10i19.85