Tradisi Penulisan Hadith dalam Manuskrip Melayu: Satu Kajian Khusus terhadap MSS 3201 Rawdah al-‘Ulama’
Abstract
Terdapat pelbagai karya telah dihasilkan oleh para sarjana Alam Melayu dan sehingga sekarang ia masih berbentuk tulisan tangan dan manuskrip. Karya-karya tersebut menampilkan pelbagai keunikan dan keistimewaan tersendiri. Antaranya ialah kepelbagaian penulisan karya Alam Melayu dan kandungannya yang komprehensif merangkumi kepelbagaian bidang keilmuan. Penulisannya juga adalah berteraskan adab dan keilmuan yang tinggi dalam kepengarangannya. Karya yang dihasilkan juga bukan sahaja terhad kepada berbentuk prosa, malah ada juga ditulis dalam bentuk lain seperti syair, puisi dan nazam. Oleh yang demikian, kertas kerja ini akan membincangkan tradisi penulisan hadith dalam manuskrip Melayu dengan tumpuan khusus terhadap MSS 3201 Rawḍah al-‘Ulamā’. Manuskrip ini ditulis menggunakan bahasa Jawi dan kandungannya memuatkan pelbagai jenis hadith. Metode kajian yang digunakan dalam kertas kerja ini ialah metode kajian manuskrip merangkumi kajian kodikologi dan juga analisis kandungan mengenai tradisi penulisan hadith dalam manuskrip Melayu. Kajian aspek kodikologi memfokuskan kewujudan naskhah, repositori, aspek fizikal naskhah, saiz, kertas, tera air dan sebagainya, manakala aspek kedua pula mendedahkan analisis tradisi penulisan hadith. Diharapkan dengan kajian ini dapat menjelaskan aspek-aspek penting melibatkan fizikal naskhah yang dikaji seterusnya memudahkan kajian lanjutan khusus tentang kandungan manuskrip MSS 3201 ini.
Downloads
References
Abū Ḥanīfah. (2016). Kitab al-‘Ālim wa al-Muta‘allim, dalam Mohd Anuar Mamat, Pemikiran pendidikan Imam Abū Ḥanīfah: Kitab al-‘Ālim wa al-Muta‘allim. Kuala Lumpur: CASIS & HAKIM.
Al-Ghazālī, Muḥammad bin Muḥamad. (2011). Iḥyā’ ‘Ulūm al-Dīn. Jeddah: Dar al-Minhaj.
Azyumardi Azra. (2013). Jaringan Ulama Timur Tengah dan Kepulauan Nusantara Abad XVII & XVIII : Akar Pembaharuan Islam Indonesia. Jakarta: Kencana.
Deroche, Francois, et.al. (2006). Islamic Codicology: An Introduction to the Study of Manuscripts in Arabic Script. London: Al-Furqan Islamic Heritage Foundation.
Ding Choo Ming. (2003). Kajian Manuskrip Melayu: Masalah, Kritikan dan Cadangan. Kuala Lumpur: Utusan Publications.
Fauzi Deraman, Ishak Hj Suliaman & Faisal Ahmad Shah. (2010). Pengajian Hadith Di Malaysia: Tokoh Karya Institusi. Kuala Lumpur: Jabatan al Qur’an dan al Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.
Fauzi Deraman. (1998). Karya karya hadith dalam tulisan jawi. Jurnal Usuluddin 7(7): 163-174.
Harun Mat Piah, Ismail Hamid, Siti Hawa Salleh, Abu Hassan Sham, Ab. Rahman Kaeh dan Jamilah Ahmad. (2002). Traditional Malay Literature. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hudaidah & Lukmanul Hakim. (2022). Etos Ilmiah Islam di Palembang Abad Ke 18-19 Masehi. Danadyaksa Historica 2 (2): 141–150 141.
Islamic Arts Museum Malaysia (IAMM). (2010). Handlist of Malay Manuscripts in the Islamic Arts Museum Malaysia: JAKIM Collection. Kuala Lumpur: IAMM.
M.Mustaqim & Mohd Anuar. (2020). Petua Menuntut Ilmu: Tibyān al-Marām, Menyatakan maksud Kitab Ṭalibah al-Ṭalabah dengan Bahasa Jawi. Kuala Lumpur: PNM.
M.Mustaqim Mohd Zarif & Mohd Anuar Mamat. (2018). "Bab al-Adab (MSS2906A): Analisis dan Transliterasi Beranotasi Sebuah Nazam Mengenai Adab Belajar", Jurnal Filologi Melayu, 25, 132-152.
Mahayudin Hj. Yahaya. (1994). Naskhah Jawi Sejarah Dan Teks. Jilid 1. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mahayudin Hj. Yahaya. (1998). Islam Di Alam Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mazlan Ibrahim, Haziyah Hussin & Latifah Abdul Majid. (2012). Warisan Hadis Ulama Nusantara. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mohd Anuar Mamat. (2017). Manuskrip Melayu dalam Bidang Pendidikan Islam: Suatu Kajian Awal di Perpustakaan Negara Malaysia, Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari 15: 66-88.
Mohd Anuar Mamat. (2020). Beberapa Metodologi Pendidikan Melayu-Islam: Analisis terhadap Manuskrip MSS 2906(A) Bab al-Adab. Jurnal al-‘Abqari, 23 (2), 41-56.
Mohd Asmadi Yakob. (2018). Keintelektualan Melayu dalam Manuskrip dan Kitab Jawi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Muhiden Abd. Rahman. (2006). Riwayat Hidup Syeikh Nur al-Din al-Raniri dan Sumbangannya kepada Pengajian Hadith. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Nor Bin Ngah. (1983). Kitab Jawi: Islamic Thought of the Malay Muslim Scholars. Singapore: Institute of Southeast Asean Studies.
Muhammad Haji Salleh. (1997). Memperbaharui Pengarang, dalam Tradisi Penulisan Manuskrip Melayu. Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia, halaman 183-210.
Muhammad Mustaqim Mohd Zarif. (2014). Peranan Lubab al-Hadith dalam Karya Hadis Alam Melayu. Nilai: Penerbit USIM.
Nabila Yasmin. (2016). Mi‘rāj al-Sālikīn Karya Muḥammad Khaṭīb Langgīn dalam Tradisi Tasawwuf Di Acheh Abad Ke-19. Disertasi MA, Kuala Lumpur: UTM.
Perpustakaan Negara Malaysia (PNM). (2006). Katalog Manuskrip Melayu Koleksi Perpustakaan Negara Malaysia Tambahan Keempat. Kuala Lumpur: PNM.
Siti Hawa Salleh. (2010). Malay literature of the 19th century, terj. Quest Service. Kuala Lumpur: ITNM.
Wan Ali bin Abd Rahman al-Kelantani. (t.t.). al-Jawhar al-Mawhūb wa Munabbihāt al-Qulūb. Pulau Pinang: al-Mu’arif.
Wan Ali Wan Mamat. (2014). An Introduction to Malay Manuscripts. Selangor: IIUM Press.
Copyright (c) 2024 HADIS

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.
Upon acceptance of an article, Authors will be asked to transfer copyright. This transfer will ensure the widest possible dissemination of information. A notification will be sent to the corresponding Author confirming receipt of the manuscript.
If excerpts from other copyrighted works are included, the Author(s) must obtain written permission from the copyright owners and credit the source(s) in the article.
Also, this work is licenced under a http://creativecommons.org/licenses/by/4.0





