Pendidikan Islam Dan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas : Menyantuni Orang Kurang Upaya Menurut Hadis
الملخص
Kajian ini membincangkan hubungan antara Pendidikan Islam dan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) dengan menekankan aspek menyantuni orang kurang upaya (OKU) menurut perspektif hadis. Pendidikan Islam tidak hanya menekankan aspek kognitif tetapi juga pembinaan akhlak mulia termasuk keprihatinan terhadap golongan kurang upaya khasnya MBPK. Melalui analisis terhadap hadis-hadis sahih, kajian ini menyoroti bagaimana Rasulullah SAW memperlakukan individu kurang upaya dengan penuh kasih sayang, hormat dan keadilan. Pendekatan ini menjadi panduan utama dalam membentuk amalan pengajaran dan interaksi dengan MBPK di dalam bilik darjah. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif melalui analisis teks hadis dan kajian literatur untuk mengupas prinsip-prinsip penyantunan seperti penghormatan terhadap maruah individu, pemberian peluang setara dan sokongan emosi. Hasil kajian mendapati bahawa prinsip-prinsip ini selari dengan objektif Pendidikan Islam yang holistik sekali gus mengukuhkan keperluan untuk memperkasa pendekatan berempati dan inklusif dalam pendidikan MBPK. Kajian ini mencadangkan agar pendidik terutamanya guru di sekolah menghayati nilai-nilai ini sebagai teras dalam pengajaran mereka agar dapat melahirkan generasi yang lebih penyayang dan adil terhadap semua golongan masyarakat
التنزيلات
المراجع
Aqilah, A (2023). Hadith-Based Guidance Techniques to Raise the Psychological Intelligence of At-Risk Adolescents: Praktik Bimbingan Menurut Hadis dalam Peningkatan Kecerdasan Psikologi Remaja Berisiko . HADIS, 13(26), 24-37. https://doi.org/10.53840/hadis.v13i26.224
Izzatul Najiha Baharudin & Farhah Zaidar Mohamed Ramli (2020), Orang Kurang Upaya (Oku) Menurut Perspektif Al-Quran Dan Hadis. E-Proceeding Of The 2nd International Conference On Contemporary Issues In Al-Quran And Hadith 2020 (Thiqah 2020), e-ISBN E978-967-2122-86-9, 33-49.
Mohd Jamil, M. R., Idris, N., Razalli, A. R., Othman, M. S., Mohd Hanapi, M. H., Md Zalli, M. M., & Nik Rakemi, N. M. H. (2023). Kesejahteraan Emosi Murid Berkeperluan Pendidikan Khas: Pasca COVID-19. Jurnal Pendidikan Bitara UPSI, 16(2), 16–26. https://doi.org/10.37134/bitara.vol16.2.4.2023
Norafizah Mustafa & Nursafra Mohd Zhaffar. (2024). Strategi Pengajaran Pendidikan Islam Pendidikan Khas. Advances in Humanities and Contemporary Studies, 5(3), 91-96. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/ahcs/article/view/18161
Ramadhani, N., & Musyarapah. (2024). Tujuan Pendidikan Islam dalam Membentuk Generasi Berakhlak Mulia . Jurnal Pendidikan Nusantara, 3(2), 78–91. https://doi.org/10.55080/jpn.v2i2.88
Sahih al-Bukhari. Riyad: Bayt al-Afkar al-. Dauliyyah,1998.
Sahih Muslim. Beirut: Dar Ihya al-Turath al-'Arabi, tt
Shamim Husna Sharizal, Nurfatini Alya Ahmad Sallehudins & Rachel Decruz. (2024). Capaian terhadap pendidikan: Analisis khusus berkenaan orang kurang upaya. Kanun: Jurnal Undang-undang Malaysia, 36(2), 307–334. https://doi. org/10.37052/kanun.36(2)no7
Sumi, A. A., Ahmed, S., & Alam, S. S. (2024). Islamic teachings and environmental corporate social responsibility in bangladesh: a mixed-methods research approach. Journal of Islamic Marketing, 15(4), 1155-1182. https://doi.org/10.1108/jima-09-2023-0271
Tafsir al-Qurtubi. Dar al-Kutub al-Misriyyah, 16/273
الحقوق الفكرية (c) 2025 HADIS

هذا العمل مرخص حسب الرخصة Creative Commons Attribution 4.0 International License.
Upon acceptance of an article, Authors will be asked to transfer copyright. This transfer will ensure the widest possible dissemination of information. A notification will be sent to the corresponding Author confirming receipt of the manuscript.
If excerpts from other copyrighted works are included, the Author(s) must obtain written permission from the copyright owners and credit the source(s) in the article.
Also, this work is licenced under a http://creativecommons.org/licenses/by/4.0





