Konsep Taqwiyah al-hadīth Menurut Aliran Ihyā’ Manhaj Al-Mutaqaddimīn: Kajian Karya Al-Irsyādāt Oleh Tāriq ‘Iwadullah
Abstract
Polemik perbezaan pandangan dalam penentuan status hadith sentiasa mewarnai perbincangan hadith. Antara isu utama yang menjadi perselisihan terkait polemik taqwiyah al-hadīth iaitu suatu proses menaikkan darjat hadith-hadith mardūd ke martabat maqbūl kerana kewujudan mutāba`āt. Al-Suyūţī seperti contohnya berpandangan jumlah sanad yang banyak mampu menaikkan darjat hadith walaupun berstatus dha’īf jiddan. Hal ini diikuti oleh sebahagian tokoh kontemporari kini. Namun demikian, seorang tokoh kontemporari Tāriq ‘Iwadullah daripada aliran kritik hadith semasa Ihyā’ Manhaj al-Mutaqaddimīn (IMM) menyelar pandangan ini dalam karyanya al-Irsyādāt dan menyifatkannya berbeza dengan praktis ahli hadith silam. Justeru artikel ini bertujuan mengenal pasti konsep . Kajian ini mengaplikasikan pendekatan kualitatif dengan menggunakan kaedah dokumentasi sebagai pengumpulan data dan menjadikan metode analisis kandungan sebagai cara menganalisa data. Hasil daripada kajian ini mendapati Ṭāriq `Iwadhullah membahagikan kelompok hadith bermasalah kepada dua iaitu hadith yang berkemungkinan silap (al-khaṭa’ al-muḥtamal) dan hadith yang telah dipastikan silap (al-khaṭa’ al-rājiḥ). Justeru menurut beliau hadith yang berkemungkinan silap boleh dinaikkan status atau kedudukannya dengan wujud sokongan daripada sanad-sanad lain. Namun demikian, kelompok hadith yang telah dipastikan silap seperti hadith munkar dan sebagainya tidak dapat dinaikkan kedudukannya walaupun terdapat bilangan sanad yang banyak. Beliau juga mengkritik sebahagian ilmuwan yang tidak berpegang dengan kaedah sedemikian kerana tidak selari dengan praktis para mutaqaddimīn. Cadangan daripada kajian ini adalah analisis dibuat terhadap pandangan-pandangan daripada aliran hadith yang lain agar perbandingan dapat dijalankan secara saksama
Downloads
References
Ahmad bin Hanbal. (1981). Masā’il Ahmad bin Hanbal riwāyah ibnihi ‘Abd Allah. Beirut: al-Maktab al-Islāmīy.
Al-Albānī, Muhammad Nāṣir al-Dīn. (1998). Ṣaḥīḥ wa Ḍa‘īf Sunan Ibn Mājah. Iskandariah: Markaz Nūr al-Islām.
Al-Dhahabī, Syams al-Dīn Muhammad bin Ahmad. (1963). Lisān al-Mizān (Jil. 1). Beirut: Dār al-Ma‘rifah.
Al-Ityūbī, Ali bin Adam. (1999). Syarḥ Alfiyah al-Suyūṭī. Madinah: Maktabah al-Ghurabā’ al-Athariyyah.
Al-Jurjānī, ‘Ali bin Muhammad. (1983). Kitāb al-Ta‘rīfāt. Beirut: Dār al-Kutub al-‘Ilmiyah.
Al-Malyabārī, Hamzah `Abd Allah. (2001). Al-Muwāzanah bayna al-Mutaqaddimīn wa al-Muta’akhkhirīn fī Taṣḥīḥ al-Aḥādīth wa Ta‘līlhā. Beirut: Dār Ibn Ḥazm.
Al-Malyabārī, Hamzah Abd Allah. (2003). Naẓarāt Jadīdah fī Ulūm al-Ḥadīth. Beirut: Dār Ibn Ḥazm.
Al-Sakhāwī, Muhammad bin Abdul Rahman. (2003). Fatḥ al-Mughīth bi Syarḥ Alfiyyah al-Ḥadīth. Kaherah: Maktabah al-Sunnah.
Al-Suyūṭī, `Abd al-Raḥmān bin Abī Bakr. (2003). Tadrīb al-Rāwī fī Syarḥ Taqrīb al-Nawawī. Riyadh: Dār Ṭaybah.
Amrū ‘Abd al-Mun‘im Salīm. (2000). Qawā‘id Ḥadīthīyyah Naṣṣa ‘Alayhā al-Muḥaqqiqūn wa Ghafala ‘Anhā al-Musytaghilūn. UAE: Maktabah al-‘Amrīn al-‘Ilmiyyah.
Ibn Ṣalāḥ, ‘Uthmān bin ‘Abd al-Raḥmān. (1986). Ma‘rifah Anwā‘ ‘Ulūm al-Ḥadīth. Beirut: Dār al-Fikr al-Mu‘āṣir.
Ibrahim Muṣṭafā, Ahmad al-Zayyāt, et al. (t.t.). Al-Mu‘jam al-Waṣīṭ. Kaherah: Dār al-Da‘wah.
Jamīl Farīd. (2016). Athar al-‘Ilm al-Tajrībī fī Kasyf Naqd al-Ḥadīth al-Nabawī. Beirut: Nama Center for Research and Studies.
Māhir Yāsin al-Faḥl. (2008). Tabāyun manhaj al-Mutaqaddimīn wa al-Muta’akhkhirīn fī al-Taṣḥīḥ wa al-Ta‘līl. Majalah al-Ḥikmah, 36, 37.
Mohd Awang Idris, Haslina Muhamad, & R Zirwatul Aida R Ibrahim. (2018). Metodologi Penyelidikan Sains Sosial. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Muhammad ‘Iṣām ‘Aydū. (2016). Nasy’ah ‘Ilm al-Muṣṭalaḥ wa al-Ḥad al-Fāṣil bayna al-Mutaqaddimīn wa al-Muta’akhkhirīn. Amman: Arwiqah.
Muhammad Asyraf Baharudin, & Roshimah Shamsudin. (2022). Manhaj ilmuan hadis mutaqaddimin, muta’akhkhirin dan mu`asirin dalam taqwiyah hadis hasan dan da‘īf. Jamalullail Journal, 1(2).
Nasruddin Yusuf. (2015). Hadis sebagai sumber hukum Islam (telaah terhadap penetapan kesahihan hadis sebagai sumber hukum menurut Syafi’iy). Jurnal Potret Pemikiran, 19(1).
Riḍā bin Zakariyyā bin Muhammad. (2018). Al-Irsyād ilā Kayfiyyat Dirāsat al-Isnād. Giza: Maktabah al-Īmān.
Rozaimi Ramle. Melalui rakaman pengajian beliau. Diakses pada 2 Januari 2025, Pautan: https://www.facebook.com/watch/?ref=search&v=2609666159292763.
Midad, diakses pada 2 Januari 2025, Rujuk laman web Midad: https://midad.com/scholar/41308.
Universiti Islam Minnesota, diakses pada 2 Januari 2025, Rujuk laman web rasmi Universiti Islam Minnesota: https://www.iuminnesota.com/faculty/tarek-awadallah-phd.
Syafi’iy, Al-Muwāzanah bayna al-Mutaqaddimīn wa al-Muta’akhkhirīn fī Taṣḥīḥ al-Aḥādīth wa Ta‘līlhā. (2001). Beirut: Dār Ibn Ḥazm.
Ṭāriq Bin ‘Iwadhallah Bin Muḥammad. (1998). Al-Irsyādāt fī Taqwīyyah al-Aḥādīth bi al-Syawāhid wa al-Mutāba‘āt. Kaherah: Maktabah Ibn Taymiyyah.
Copyright (c) 2025 HADIS

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.
Upon acceptance of an article, Authors will be asked to transfer copyright. This transfer will ensure the widest possible dissemination of information. A notification will be sent to the corresponding Author confirming receipt of the manuscript.
If excerpts from other copyrighted works are included, the Author(s) must obtain written permission from the copyright owners and credit the source(s) in the article.
Also, this work is licenced under a http://creativecommons.org/licenses/by/4.0