Perawi Utama Syiah yang Digelar Pendusta: Tinjauan Riwayat Zurārah Bin A’yan dalam Kitab Al-Kāfī

The Main Mainflow of the Shi'a Called Liar: The Narration by Zurārah Bin A’yan in the Book of Al-Kāfī

Authors

  • Khairulnazrin Nasir Department of al-Quran and al-Hadith, Academy of Islamic Studies, University of Malaya
  • Rahim Kamarul Zaman Department of Aqidah and Islamic Thought, Academy of Islamic Studies, University of Malaya, 50603 Kuala Lumpur
  • Muhammad Adam Abd. Azid Department of al-Quran and al-Hadith, Academy of Islamic Studies, University of Malaya

DOI:

https://doi.org/10.53840/hadis.v10i19.101

Keywords:

al-Jarḥ wa al-Ta’dīl, Syiah, Zurārah bin A’yan, al-Kāfī, perawi

Abstract

Perawi adalah individu berperanan dalam meriwayatkan hadis atau cerita. Karakter dan kriteria perawi memberi impak yang signifikan terhadap kandungan riwayatnya. Ilmu al-Jarḥ wa al-Ta’dīl telah menggariskan bahawa krisis integriti paling serius adalah perawi itu digelar sebagai pendusta. Hal ini telah berlaku kepada sejumlah perawi utama bagi riwayat dalam kitab-kitab aliran Syiah. Justeru, makalah ini bertujuan untuk membincangkan tentang status perawi-perawi utama bagi aliran Syiah, yang dituduh sebagai pendusta oleh imam dan ulama al-Jarḥ wa al-Ta’dīl mereka sendiri. Makalah ini juga memilih Zurārah bin A’yan yang dianggap perawi paling utama dan menganalisis riwayatnya dalam kitab al-Kāfī sebagai suatu pensampelan. Metode yang diaplikasikan dalam kajian ini adalah kualitatif berasaskan metode analisis kandungan. Data yang diperoleh akan dianalisis secara konseptual dan relational. Kajian mendapati bahawa para perawi utama bagi riwayat aliran Syiah telah digelar sebagai pendusta oleh ulama sealiran mereka, termasuklah Zurārah bin A’yan. Kesimpulannya, kuantiti riwayat perawi seperti mereka yang banyak dalam kitab-kitab utama Syiah, seperti al-Kāfī, telah menghilangkan nilai autentiknya, seterusnya melenyapkan kebolehpercayaan terhadap Syiah.      

ABSTRACT

A narrator is a person who plays a role in narrating a hadith, which is also known as a tradition, or story. The character and criteria of a narrator of hadith have a significant impact on the content of their tradition. Al-Jarḥ wa al-Ta'dīl's pointed out that the most serious integrity crisis concerning Shia narrators is that they are branded as liars, which has happened to several main narrators of the Shia books. This paper aims to discuss the status of the main Shia narrators who have been accused of lying by their own al-Jarḥ wa al-Ta’dīl priests and scholars. This paper selected Zurārah bin A’yan as the primary narrator for study, and analyses his narrations in the book of al-Kāfī as the sample. The method applied in this study is qualitative, based on the content analysis method. The obtained data obtained was then conceptually and relationally analysed. It was found that secular scholars have called the major narrators of Shia throughout the flow of history liars, including Zurārah bin A’yan. In conclusion, many historical narratives such as those found in the majority of Shiite scriptures, such as al-Kāfī, have had their authenticity questioned and doubted, thus eroding the credibility of the Shia.

Downloads

Download data is not yet available.

Author Biography

  • Khairulnazrin Nasir, Department of al-Quran and al-Hadith, Academy of Islamic Studies, University of Malaya

    Anak jati kelahiran negeri Kelantan. Memperoleh Ijazah Sarjana Usuluddin di Universiti Malaya (UM) Kuala Lumpur pada 2017 dalam bidang Usuluddin (al-Hadith) dengan disertasi bertajuk Kepercayaan Animisme Menurut Perspektif Sunnah: Kajian Terhadap Imam dan Remaja di Pitas, Sabah. Beliau juga memegang dua Ijazah Sarjana Muda; pertama dalam bidang al-Quran dan al-Qiraat daripada Maahad Qiraat Khazindarah, Shoubra, Mesir pada 2008 dan  kedua Ijazah Sarjana Muda al-Hadith dan Pengajian Islam dari Fakulti al-Hadith, Universiti Islam Madinah, Arab Saudi. Beliau banyak menulis artikel jurnal, kertas kerja dan dibentangkan di seminar-seminar kebangsaan dan antarabangsa. Penulisan beliau merangkumi bidang pengajian al-Quran, al-Hadith dan akidah. Kini bertugas sebagai pensyarah di Jabatan Usuluddin, Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Nilam Puri Kota Bharu Kelantan. Beliau boleh dihubungi pada alamat e-mel: khairulnazrin19@gmail.com

Published

2020-06-01

Issue

Section

Bahasa Melayu

How to Cite

Perawi Utama Syiah yang Digelar Pendusta: Tinjauan Riwayat Zurārah Bin A’yan dalam Kitab Al-Kāfī: The Main Mainflow of the Shi’a Called Liar: The Narration by Zurārah Bin A’yan in the Book of Al-Kāfī. (2020). HADIS, 10(19), 487-496. https://doi.org/10.53840/hadis.v10i19.101