Penerimaan Hadis Tafarrud menurut Aḥmad ibn Ḥanbal
The Acceptance of Tafarrud Hadith according to Aḥmad ibn Ḥanbal
DOI:
https://doi.org/10.53840/hadis.v10i20.102Keywords:
'Illah, Tafarrud, al-Muntakhab, Mutaqaddimīn, Aḥmad ibn ḤanbalAbstract
Artikel ini secara umumnya mengkaji metodologi ulama hadis mutaqaddimīn dalam penerimaan hadis tafarrud. Dalam hal ini, kajian ditumpukan kepada Aḥmad ibn Ḥanbal. Menurut Ibn Rajab al-Ḥanbalī, Aḥmad dan kebanyakan ulama mutaqaddimīn menjadikan tafarrud sebagai tanda kewujudan ʿIllah padanya. Justeru, kajian ini bertujuan menjelaskan tiga aspek utama, iaitu konsep tafarrud menurut ahli hadis, ketokohan Aḥmad ibn Ḥanbal dalam ilmu hadis serta menganalisis metodologi beliau dalam penerimaan hadis tafarrud. Kajian ini berbentuk kualitatif dan dijalankan dengan menggunakan metod kajian kepustakaan. Data kajian diambil daripada kitab al-Muntakhab Min al-ʿIlal Li al-Khallāl yang mengumpulkan pandangan Aḥmad bin Ḥanbal. Data tersebut seterusnya dianalisis secara induktif untuk mengeluarkan metodologi yang diamalkan oleh Aḥmad ibn Ḥanbal dalam penerimaan hadis tafarrud. Hasil kajian mendapati Aḥmad ibn Ḥanbal tidak menerima hadis tafarrud secara pukul rata. Sebaliknya, beliau mengesahkannya dengan penuh kehati-hatian berdasarkan kewujudan qarā’in yang terdapat pada hadis.
Downloads
Downloads
Published
Issue
Section
License
Upon acceptance of an article, Authors will be asked to transfer copyright. This transfer will ensure the widest possible dissemination of information. A notification will be sent to the corresponding Author confirming receipt of the manuscript.
If excerpts from other copyrighted works are included, the Author(s) must obtain written permission from the copyright owners and credit the source(s) in the article.
Also, this work is licenced under a http://creativecommons.org/licenses/by/4.0




