Galakan keusahawanan menurut perspektif Hadis Nabawi: satu tinjauan literatur sistematik

Encouraging entrepreneurship according to Hadith perspective: a systematic literature review

Authors

DOI:

https://doi.org/10.53840/hadis.v11i21.130

Keywords:

Hadis, Keusahawanan Islam, Galakan, Ekonomi

Abstract

Keusahawanan merupakan sebahagian daripada jihad ekonomi serta pemangkin utama dalam perkembangan kesejahteraan umat Islam. Hal ini dapat dinilai berdasarkan sejarah perkembangan Islam, bermula dari perniagaan Siti Khadījah RA dan kehebatan perdagangan para sahabat serta amalan infak demi penyebaran agama Islam. Terdapat hadis yang menyentuh bidang keusahawanan, sama ada daripada galakan, ciri-ciri dan peranan usahawan. Hadis-hadis ini dilihat berharga sebagai dorongan umat Islam untuk menceburi bidang keusahawanan. Oleh itu, pengkaji menggunakan metodologi tinjauan literatur sistematik (systematic literature review) dalam menganalisis hadis tematik berkaitan galakan menceburi bidang keusahawanan dalam kalangan umat Islam. Berdasarkan kaedah tinajaun literatur sistematik (systematic literature review), kajian mendapati lima (5) hadis yang menepati objektif kajian manakala status hadis terdiri daripada tiga (3) hadis ṣaḥīḥ, satu (1) hadis ḥasan, dan satu (1) hadis ḍa‘īf. Islam menggalakkan pengikutnya menceburi bidang ini namun perlaksanaannya hendaklah berlandaskan syariat Islam dengan meninggalkan larangan dan melaksanakan suruhan. Implikasi daripada keusahawanan yang menepati syariat Islam akan melahirkan anjakan paradigma dalam budaya perniagaan Islam. Semestinya dengan mengamalkan budaya perniagaan Islam, akan memberi impak besar dan positif terhadap kemajuan ekonomi ummah.

Downloads

Download data is not yet available.

Author Biography

  • Syarul Azman Shaharuddin, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Malaysia

    Dr. Syarul Azman Bin Shaharuddin, is currently a senior lecturer in Department of Dakwah and Usuluddin at International Islamic University College Selangor (KUIS). He received PhD in Islamic Civilization - Dakwah in 2015 from Universiti Kebangsaan Malaysia and Master of Usuluddin in 2007 from Universitu of Malaya (UM). He graduated with a Bachelor of Usuluddin in 2000 from the AIAN Jambi. Dr Syarul Azman has 20 years of experience in Dakwah field which specializes in development of Dakwah. His line of expertise are development of Dakwah, human development and dakwah communication. He can be contacted at syarulazman@kuis.edu.my

Published

2021-06-14

Issue

Section

Bahasa Melayu

How to Cite

Galakan keusahawanan menurut perspektif Hadis Nabawi: satu tinjauan literatur sistematik: Encouraging entrepreneurship according to Hadith perspective: a systematic literature review. (2021). HADIS, 11(21), 689-700. https://doi.org/10.53840/hadis.v11i21.130