Analisis hadis Rasulullah SAW berkaitan musibah dalam Kitāb al-Marḍā Ṣaḥīḥ Imam al-Bukhārī
Analysis of Prophet Muhammad’s hadiths on calamity in the book of al-Marḍā Ṣaḥīḥ Imam al-Bukhārī
DOI:
https://doi.org/10.53840/hadis.v11i21.140Keywords:
Hadis, Rasulullah SAW, Musibah, Kitāb al-Marḍā, Ṣaḥīḥ al-BukhārīAbstract
Dunia tidak akan pernah berhenti dengan ujian-ujian kehidupan
yang berbentuk musibah sama ada ia ditimpakan ke atas individu
atau secara keseluruhan. Walaupun berat musibah yang menimpa
namun sebagai orang yang beriman perlu meyakini bahawa terdapat
hikmah di sebalik setiap yang ditakdirkan oleh Allah SWT. Nabi
Muhammad SAW misalnya merupakan di antara insan yang paling
berat diuji dengan musibah yang pelbagai. Tidak cukup dengan
musibah peribadi yang menimpa dirinya seperti kematian ahli
keluarga yang terdekat, baginda SAW juga ditimpa musibah
dengan diuji dalam perjalanan menyebarkan agama Allah SWT.
Oleh itu, Nabi Muhammad SAW sewajarnya dijadikan teladan
dalam kehidupan khususnya apabila melibatkan musibah yang
menimpa diri. Oleh itu, artikel ini hadir untuk mengupas isu
berkaitan musibah mengikut perspektif Islam serta menganalisis
hadis-hadis Rasulullah SAW berkaitannya. Kajian ini juga
memfokuskan kepada hadis-hadis Nabi SAW yang terdapat di
dalam Kitāb al-Marḍā, Ṣaḥīḥ al-Bukhārī yang telah dikarang oleh
Imam al-Bukhārī. Metodologi yang digunakan adalah secara
kualitatif dengan kaedah analisis kandungan secara tematik dengan
mengkaji hadis-hadis Nabi SAW yang berkaitan musibah di dalam
Kitāb al-Marḍā, Ṣaḥīḥ al-Bukhārī. Pemilihan hadis pula adalah
merujuk kepada hadis yang mengandungi perkataan yang berasal
– أَ صَابَ daripada
- يُصِيبُ
Kajian mendapati bahawa Nabi SAW .إِصَابَة
melalui hadis-hadisnya telah mengajar bahawa musibah merupakan
penghapus dosa, permulaan kebaikan dan Baginda SAW juga telah
mengajar untuk tidak berputus asa disebabkan musibah yang
melanda
Downloads
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2021 HADIS

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.
Upon acceptance of an article, Authors will be asked to transfer copyright. This transfer will ensure the widest possible dissemination of information. A notification will be sent to the corresponding Author confirming receipt of the manuscript.
If excerpts from other copyrighted works are included, the Author(s) must obtain written permission from the copyright owners and credit the source(s) in the article.
Also, this work is licenced under a http://creativecommons.org/licenses/by/4.0




