Amalan budaya di Malaysia yang dikaitkan dengan sunnah: analisis terhadap aspek pemakanan dan pengubatan
The cultural practices related to sunnah in Malaysia: an analysis on eating and medical aspects
DOI:
https://doi.org/10.53840/hadis.v11i21.148Keywords:
Amalan Sunnah, Budaya, Masyarakat Islam, Hadis, MalaysiaAbstract
Amalan budaya dalam masyarakat Islam di Malaysia adalah pelbagai dan sebahagiannya mirip kepada amalan yang disarankan dalam sunnah Nabi SAW. Istilah sunnah adalah merujuk kepada sesuatu yang diambil daripada Nabi SAW. Artikel ini bertujuan untuk meneliti dan mengkaji beberapa amalan budaya dalam masyarakat Islam di Malaysia yang mempunyai hubung kait atau mirip kepada amalan sunnah yang disarankan oleh Nabi SAW. Melalui analisis induktif dan deduktif, artikel ini melakukan penilaian hanya terhadap amalan budaya dalam aspek makanan dan pemakanan serta pengubatan Islam sahaja melalui pemahaman dan perbincangan dalam hadis-hadis yang berkaitan. Hasil kajian mendapati bahawa bentuk-bentuk amalan budaya dalam aspek makanan dan pemakanan adalah budaya “kenduri” atau menjamu makan dan isu berkaitan dengan makanan sunnah. Sedangkan dalam aspek pengubatan penyakit pula, amalan yang telah menjadi budaya adalah penggunaan jampi dan rukyah, penggunaan bahan rawatan seperti air, daun bidara dan garam dalam rawatan penyakit. Tidak dinafikan bahawa walaupun ia telah menjadi budaya, bukan bermaksud bahawa amalan tersebut dilarang kerana selagi mana ia tidak melanggar batas ketentuan syarak, maka dibenarkan untuk terus diamalkan.
Downloads
Downloads
Published
Issue
Section
License
Upon acceptance of an article, Authors will be asked to transfer copyright. This transfer will ensure the widest possible dissemination of information. A notification will be sent to the corresponding Author confirming receipt of the manuscript.
If excerpts from other copyrighted works are included, the Author(s) must obtain written permission from the copyright owners and credit the source(s) in the article.
Also, this work is licenced under a http://creativecommons.org/licenses/by/4.0




