Qudwah Nabawiyyah dalam Interaksi dengan Bukan Muslim
Hadis; Qudwah Nabawiyyah; Sikap Rasulullah; Interaksi dengan Bukan Muslim
Abstract
Islam menggalakkan dialog antara penganut agama yang berbeza untuk mempromosikan kefahaman dan perdamaian. Solidariti antara masyarakat beragama adalah nilai yang ditekankan dalam Islam dan perlu ditegakkan atas prinsip keadilan serta nilai saling hormat dan berbuat kebaikan. Dalam dunia yang semakin globalisasi, kefahaman terhadap kepelbagaian agama adalah elemen penting dalam mencapai perdamaian dan harmoni dalam masyarakat berbilang budaya dan agama. Pengkajian dan penelitian terhadap hadis-hadis interaksi Nabi dengan golongan bukan Muslim dapat membantu masyarakat dan umat Islam khususnya bagi mengetahui dan memahami kaedah harmoni dalam masyarakat yang terbilang. Konsep Nabi Muhammad sebagai "qudwah" dipasakkan dengan mendalam dalam ajaran Islam, dan umat Islam berusaha mencontohi perilaku dan ajaran Baginda dalam kehidupan seharian. Justeru, penulisan ini bertujuan mengenalpasti kaedah Rasulullah SAW berinteraksi dengan golongan bukan Islam menerusi kisah-kisah yang disebutkan dalam hadis Nabi dan merumuskan sikap-sikap yang wujud pada Nabi yang boleh diteladani oleh umat Islam sepanjang zaman. Data-data kajian diperolehi melalui kaedah analisa terhadap beberapa potongan dalil hadis yang dipilih dan disusun mengikut tema-tema sikap Rasulullah terhadap non-Muslim. Hasil kajian mendapati jelas bukti-bukti keterampilan baik Rasulullah SAW terhadap bukan Islam dengan lima interaksi iaitu, (a) menghormati penganut agama lain, (b) iktiraf kebaikan penganut lain, (c) adil terhadap harta bukan Muslim, (d) menghubungkan silaturrahim dan (e) tidak membalas perbuatan jahat dengan kejahatan. Kajian mencadangkan agar kaedah interaksi Rasulullah SAW terhadap non Muslim dapat dipanjangkan kajiannya untuk menjadi contoh pendekatan yang baik dalam keharmonian kepelbagaian masyarakat beragama.
Downloads
References
Al-‘Asqalānī, Ibn Hajar. Fath al-Bārī sharah Sahīh al-Bukhārī. Mesir: Maṭba’ah Amīriyyah
Al-Jawziyyah, Ibn al-Qayyim (1997). Aḥkām Ahl al-Dhimmah. Arab Saudi: Rumādi Lī al-Nashru.
Al-Mubārakfūri, Ṣafiy al-Rahman (2013). Al-Raḥīq al-Makhtum. Damsyik: Resalah Publishers.
Al-Nawawi, Abū Zakariyyā Muhyiddīn Yahyā bin Syaraf (1972). Syarh Sahīh Muslim. Beirut: Dār al-Fikr
Al-Nawawi, Abū Zakariyyā Muhyiddīn Yahyā bin Syaraf (2013). Minhāj al-Ṭālibīn wa ‘Umdah al-Mufṭīn. Damsyik: Dār al-Muṣṭafa.
Ibn ᶜĀshur, Muhammad Al-Ṭāhir (1984). Al-Taḥrīr wa al-Tanwīr: Taḥrīr al-Maᶜānī al-Sadīd wa Tanwīr al-ᶜAqlī Al-Jadīd min Tafsīr al-Kitāb al-Mujīd. Tunisia: al-Dār al-Tunissiyya
Ibn Kathīr, Abī Al-Fida’ Ismāᶜīl (1401 H). Tafsīr Ibn Kathīr. Beirut: Dār al-Fikr. Jld.3.hal.202.
Ibn Kathīr, Abī Al-Fida’ Ismāᶜīl (2000). Tafsīr al-Qur’ān al-ᶜAẓīm. Muhammad ᶜAbdul Rahman al- Marᶜashli (ed.), (Jilid 4). Beirut: Dār Ehia al-Tawrāth al-ʻArabiy
Mohd Faizal Abdul Khir (2019). Interaksi dengan Bukan Islam Berdasarkan al-Quran dan Hadis, dalam Islam dan Hubungan Antara Penganut Agama. Azizan Baharuddin et al (eds). Kuala Lumpur: IKIM.
Mohd Hafiz Daud (2013). Non-Muslim menurut Kaca Mata Rasulullah. Kuala Lumpur: Telaga Biru
Norafidah Gordani (2021). Konsep Qudwah Ḥasanah dalam Dialog Nabi Ibrahim dalam al-Quran. Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah. 8 (2). 1-9
Nazneen Binti Ismail, Aemy Elyani Mat Zain, Norsaadah Binti Din@Mohamad Nasirudin dan Maryam Habibah Binti Kamis (2018). Pendekatan Fiqh Ta’āyush dalam Menangani Konflik Antara Agama. Islamiyyat. 40 (2). 151-160.
Nurhanisah Senin et al. (2019). Understanding the ‘other’: The Case of al-Biruni (973-1048AD). International Journal of Ethics and System. 35 (3), 392-409.
Nursila. (2019). Interaksi sosial masyarakat dalam al-Quran (Telaah Qs: al-Hujurat ayat 13). Tesis Sarjana. Institut Agama Islam Negeri. Retrieved from http://repository.iainpalopo.ac.id/id/eprint/2633/.
Copyright (c) 2023 HADIS

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.
Upon acceptance of an article, Authors will be asked to transfer copyright. This transfer will ensure the widest possible dissemination of information. A notification will be sent to the corresponding Author confirming receipt of the manuscript.
If excerpts from other copyrighted works are included, the Author(s) must obtain written permission from the copyright owners and credit the source(s) in the article.
Also, this work is licenced under a http://creativecommons.org/licenses/by/4.0