Kajian Rintis Terhadap Keperluan Kad Gamifikasi Mudah Kenali Ilmu Hadis (AsasDith) di Universiti Islam Selangor (UIS)

A Pilot Study On The Requirement Of A Gamification Card Easy To Know Hadith Science (AsasDith) at Islamic University Selangor (UIS)

  • Siti Mursyidah Mohd Zin KUIS
  • Farhah Zaidar Mohamed Ramli Universiti Islam Selangor (UIS), Malaysia.
  • Suriani Sudi Universiti Islam Selangor (UIS), Malaysia.
  • Phayilah Yama Universiti Islam Selangor (UIS), Malaysia.
  • Siti Rosilawati Ramlan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), MALAYSIA
Keywords: Gamifikasi, AsasDith, Ulum al-Hadith, alat bantu mengajar Ulum al-Hadis, Pengajian Islam, UIS

Abstract

Pembelajaran berasaskan permainan (game-based learning) atau gamifikasi sering digunakan dalam proses pembelajaran pada abad ke-21. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran (PdP) arus perdana seharusnya melangkah seiring dengan perkembangan teknologi masa kini. Kedua-duanya harus menerapkan budaya inovasi dalam pengajaran yang mampu menjadikan proses PdP menjadi lebih interaktif serta dapat meningkatkan kualiti pendidikan negara. Justeru kajian ini di laksanakan adalah untuk melihat keperluan pembangunan Kad Gamifikasi Mudah Kenali Ilmu Hadis (AsasDith) bagi kursus Ulum al-Hadith. Kajian rintis ini melibatkan 32 orang mahasiswa yang mempelajari kursus Ulum al-Hadith di Universiti Islam Antarabangsa Selangor (UIS). Kajian ini menggunkan kaedah kuantitatif dalam bentuk soal selidik. Data dianalisis secara deskriptif untuk mengenal pasti keperluan pembangunan Kad AsasDith dalam kalangan pelajar UIS menggunakan kaedah (Statistical Package for Social Science) SPSS. Hasil kajian rintis mendapati keperluan kepada pembangunan Kad AsasDith mendapat skor Cronbach Alpha α= 0.835 terhadap pembangunan Kad AsasDith. Ini kerana Kad AsasDith dilihat dapat memudahkan pelajar untuk meningkatkan kefahaman pembelajaran kursus Ulum al-Hadith walaupun ia dipelajari di dalam Bahasa Arab. Selain itu Kad AsasDith akan turut meningkatkan motivasi pelajar dan seterusnaya menjadikan pelajar lebih berminat untuk mempelajari kursus Ulum al- Hadith. Justeru, keperluan kepada pembangunan Kad AsasDith diharap dapat memberi nafas baru dalam sebagai alat bantu mengajar kursus Ulum al-Hadith agar ia lebih difahami oleh mahasiswa Pengajian Islam. 

Downloads

Download data is not yet available.
Published
2024-06-26
How to Cite
Mohd Zin, S. M., Mohamed Ramli, F. Z., Sudi, S., Yama, P., & Ramlan, S. R. (2024). Kajian Rintis Terhadap Keperluan Kad Gamifikasi Mudah Kenali Ilmu Hadis (AsasDith) di Universiti Islam Selangor (UIS): A Pilot Study On The Requirement Of A Gamification Card Easy To Know Hadith Science (AsasDith) at Islamic University Selangor (UIS). HADIS, 14(27), 14-23. https://doi.org/10.53840/hadis.v14i27.244
Section
Bahasa Melayu