Keperluan Pembangunan Aplikasi Mudah Alih Bagi Istilah Ulum Al-Hadith Berdasarkan Perspektif Pensyarah IPT

The Need for a Mobile Application on Ulum al-Hadith Terminology from the Perspective of Higher Education Lecturers

Authors

  • Rosni Wazir Fakulti Pengajian Peradaban Islam, Universiti Islam Selangor
  • Suriani Sudi Fakulti Pengajian Peradaban Islam, Universiti Islam Selangor
  • Phayilah Yama Fakulti Pengajian Peradaban Islam, Universiti Islam Selangor
  • Siti Mursyidah Mohd Zin Fakulti Pengajian Peradaban Islam, Universiti Islam Selangor
  • Nur Saadah Khair Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia
  • Farhah Zaidar Mohammed Ramli Fakulti Pengajian Peradaban Islam, Universiti Islam Selangor
  • Muhamad Azam Najihan Jamaluddin Calon Sarjana Pengajian Hadis, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Islam Selangor

DOI:

https://doi.org/10.53840/6kmv4n28

Keywords:

Istilah hadis, aplikasi mudah alih, pengajaran dan pembelajaran, e-Kamus, Institusi Pengajian Tinggi

Abstract

Penguasaan terhadap istilah-istilah di dalam Ulum al-Hadith merupakan salah satu daripada aspek yang penting untuk memahami ilmu hadis secara mendalam khususnya dalam konteks pengajian tinggi Islam di Malaysia. Namun, terdapat pelbagai cabaran yang melambatkan proses penyampaian dan penguasaan istilah tersebut dalam kalangan pelajar. Ini termasuk kegagaan untuk memahami  istilah, alat bahan bantu belajar yan terbatas, serta kaedah pengajaran yang kurang sesuai dengan gaya pembelajaran generasi masa kini. Justeru, kajian ini akan meninjau keperluan pembangunan sebuah aplikasi mudah alih bagi istilah-istilah Ulum al-Hadith berdasarkan pandangan pensyarah IPT. Tiga objektif utama telah digariskan iaitu (a) mengenal pasti cabaran dalam pengajaran istilah hadis (b) menilai keperluan terhadap penggunaan aplikasi mudah alih sebagai alat sokongan PdP dan (c) meneroka cadangan pensyarah terhadap ciri dan fungsi utama aplikasi tersebut. Kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif dengan kaedah temubual separa berstruktur yang melibatkan pensyarah bidang hadis dari institusi pengajian tinggi terpilih. Data yang dperolehi akan dianalisis menggunakan pendekatan tematik bagi mengenal pasti corak dan keutamaan dalam keperluan PdP. Dapatan awal menunjukkan wujudnya sokongan terhadap pembangunan aplikasi e-Kamus, di samping keperluan kepada susun atur yang mesra pengguna dan semestinya berpandukan silibus sedia ada. Kajian ini diharapkan  dapat menyumbang kepada pembangunan inovasi teknologi dalam  menguatkan proses pengajaran dan pembelajaran ilmu hadis secara lebih dinamik dan efektif.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Ally, M. (2009). Mobile learning: Transforming the delivery of education and training. Athabasca University Press. https://www.aupress.ca/books/120155-mobile-learning/

Deterding, S., Dixon, D., Khaled, R., & Nacke, L. (2011). From game design elements to gamefulness: Defining “gamification”. Proceedings of the 15th International Academic MindTrek Conference, 9–15. https://doi.org/10.1145/2181037.2181040

Hamari, J., Koivisto, J., & Sarsa, H. (2014). Does gamification work? — A literature review of empirical studies on gamification. Proceedings of the 47th Hawaii International Conference on System Sciences, 3025–3034. https://doi.org/10.1109/HICSS.2014.377

Hanapi, M. S., & Abidin, N. I. (2022). Hybrid learning preferences among Malaysian undergraduates in Islamic studies: Challenges and prospects. International Journal of Academic Research in Progressive Education and Development, 11(1), 222–236. https://doi.org/10.6007/IJARPED/v11-i1/12018

Majid, L. A. (2024). Exploring innovations and challenges in the study of Hadith in the digital era. Journal of Contemporary Issues in Al-Quran and Hadith, 4(1), 15–33.

Mohtar, S., et al. (2023). Mobile learning: Research context, methodologies and future works. Multimedia Tools and Applications, 82(15), 22537–22565. https://doi.org/10.1007/s11042-022-13698-y

Nor, A. S. M., & Yusoff, M. F. (2021). Penguasaan bahasa Arab dalam pemahaman hadis: Satu kajian di IPT Malaysia. HADIS (INHAD), 2(1), 77–89. https://hadis.uis.edu.my/index.php/inhad/article/view/175

Rahman, Z., Latif, A., & Ismail, H. (2021). Mobile learning in Islamic studies: Opportunities and challenges. Open Learning: The Journal of Open, Distance and e-Learning, 36(3), 283–299. https://doi.org/10.1080/02680513.2020.1846534

Siti Mursyidah Mohd Zin, Ramli, F. Z., & Yama, P. (2023). Metode penyusunan kamus istilah hadis dan keistimewaannya. HADIS (INHAD), 13(25), 55–72. https://doi.org/10.53840/hadis.v13i25.223

Sudi, S. (2024). Aplikasi Kamus Istilah Hadis. HADIS (INHAD), 14(28), 88–101. https://doi.org/10.53840/hadis.v14i28.276

Sweller, J. (2011). Cognitive load theory. In J. P. Mestre & B. H. Ross (Eds.), Psychology of Learning and Motivation (Vol. 55, pp. 37–76). Academic Press. https://doi.org/10.1016/B978-0-12-387691-1.00002-8

Traxler, J. (2009). Learning in a mobile age. International Journal of Mobile and Blended Learning, 1(1), 1–12. https://doi.org/10.4018/jmbl.2009010101

Additional Files

Published

2026-05-25

Issue

Section

Bahasa Melayu

How to Cite

Keperluan Pembangunan Aplikasi Mudah Alih Bagi Istilah Ulum Al-Hadith Berdasarkan Perspektif Pensyarah IPT: The Need for a Mobile Application on Ulum al-Hadith Terminology from the Perspective of Higher Education Lecturers. (2026). HADIS, 29-38. https://doi.org/10.53840/6kmv4n28