Metodologi Ibn Ḥajar Terhadap Riwayat Ibn Isḥāq berkaitan al-Maghāzī dalam Kitab Fatḥ al-Bārī

Ibn Ḥajar’s Methodology in Assessing Ibn Isḥāq’s Maghāzī Narrations in Fatḥ al-Bārī

Authors

  • Wan Muhd Usaid Wan Subki Fakulti Pengajian Islam, Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin, Arau, Perlis.
  • Muhamad Rozaimi Ramle Fakulti Pengajian Islam, Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin, Arau, Perlis.

DOI:

https://doi.org/10.53840/hadis.vi.336

Keywords:

Metodologi; Ibn Ḥajar; Isḥāq; Sirah; al-Maghāzī

Abstract

Terdapat kecenderungan sebahagian pengkaji-pengkaji moden untuk menolak riwayat Ibn Isḥāq secara mutlak dengan alasan beliau perawi yang terlalu lemah. Namun, kecenderungan ini dilihat berbeza dengan pendirian ulama silam yang menerima riwayat Ibn Isḥāq apabila memenuhi syarat yang mereka gariskan. Antara ulama silam yang menerima riwayat beliau dengan syarat ialah Ibn Ḥajar al-‘Asqalānī. Beliau didapati banyak menukilkan riwayat Ibn Isḥāq dalam kitabnya Fatḥ al-Bārī. Justeru, kajian ini bertujuan untuk melihat metodologi Ibn Ḥajar ketika berinteraksi dengan riwayat Ibn Isḥāq. Antara tujuan utama Ibn Ḥajar ketika membawakan riwayat Ibn Isḥāq adalah bagi melengkapkan perincian kisah sirah sedia ada. Kajian ini akan menganalisis metodologi Ibn Ḥajar terhadap riwayat Ibn Isḥāq berkaitan al-Maghāzī serta metodologi beliau dalam memperincikan kisah sirah. Kajian ini akan menggunakan metod kaedah induktif iaitu menganalisis data melalui penelitian dan pemerhatian terhadap fakta-fakta yang khusus untuk menggagaskan teori dan prinsip yang bersifat umum. Hasil kajian mendapati bahawa Ibn Ḥajar banyak menggunakan riwayat Ibn Isḥāq bagi melengkapkan perincian kisah sirah seumpama tentang sebab berlakunya sesuatu peristiwa, nama-nama individu yang terlibat dalam sesuatu peristiwa dan tarikh berlakunya sesuatu peristiwa. Riwayat Ibn Isḥāq juga mempunyai perincian tentang bilangan yang terlibat di dalam sesuatu peristiwa, lokasi berlakunya sesuatu peristiwa, nama individu yang mubham, tempoh berlakunya sesuatu peristiwa serta doa. Justeru, jelas bahawa Ibn Isḥāq mempunyai banyak perincian terhadap kisah sirah lalu dinukilkan oleh Ibn Ḥajar dalam kitabnya Fatḥ al-Bārī.

Downloads

Download data is not yet available.

References

‘Abd al-Shāfī Muḥammad ‘Abd al-Laṭīf. (2008). Buḥūth fi al-Sīrah al-Nabawiyyah wa al-Tārīkh al-Islāmī: Qirāah wa Ru’yah Jadīdah. Qāhirah: Dār al-Salām
Abū Dāwūd, Sulaymān al-Asy’ath. (2009). Sunan Abī Dāwūd. (Syu’aib al-Arnāūṭ, Muḥammad Kāmil Qurah Balali, Ed.). Beirūt: Dār al-Risālah al-‘Ilmiyyah.
Akram Ḍiyā’ al-‘Umarī. (1994). al-Sīrah al-Nabawiyyah al-Saḥīḥah. Madīnah al-Munawwarah: Maktabah al-‘Ulūm wa al-Ḥikam
Al-Dhahabī, Shams al-Dīn. (1963). Mīzān al-I’tidāl. (‘Alī Muḥammad al-Bajāwī, Ed.) Beirūt: Dār al-Ma’rifah
Al-Dhahabī, Shams al-Dīn. (1985). Siyar A’lām al-Nubalā’. Beirūt: Muassasah al-Risālah.
Al-Dhahabī, Shams al-Dīn. (1998). Tadhkirat al-Huffāẓ. Beirūt: Dār al-Kutub al-‘Ilmiyyah
Al-Suhaylī, Abū al-Qāṣim ‘Abd al-Rahmān bin ‘Abd Allāh bin Ahmad. (2000). Al-Rawḍ al-Unf fī Sharḥ al-Sīrah al-Nabawiyyah li Ibn Hishām. (‘Umar ‘Abd al-Salām al-Salamī, Ed.). Bayrūt: Dār Iḥyā’ al-Turāth al-‘Arabī.
Al-Suyūṭi, Jalāl al-Dīn. (1998). Al-Tawsḥīḥ Sharḥ al-Jāmi’ al-Ṣaḥīḥ. (Riḍwān Jāmī’ Riḍwān, Ed). Riyāḍ: Maktabah al-Rushd.
Fu’ād Sizkīn. (1991). Tārīkh al-Turāth al-‘Arabī – al’Ulūm al-Shar’iyyah. (‘Arfah Muṣṭafā, Sa’īd ‘Abd al-Raḥīm, Eds.) Jāmi’ah al-Imām Muḥammad bin Su’ūd al-Islāmiyyah
Ibn ‘Adī. (1997). Al-Kāmil fī Ḍu’afā’ al-Rijāl. (‘Ādil Aḥmad ‘Abd al-Mawjūd, ‘Alī Muḥammad Mi’waḍ, Eds.). Beirūt: Al-Kutub al-‘Ilmiyyah
Ibn al-Nadīm. (1997). al-Fihrist. (Ibrāhīm Ramadān. Ed.) Beirūt: Dār al-Ma’rifah
Ibn Hishām. (1955). Al-Sīrah al-Nabawiyyah li Ibn Hishām. (Muṣtafā al-Saqā, Ibrāhīm al-Abyarī, Abd al-Hafīẓ al-Syalabī, Ed.). Mesir: Syarikah Maktabah wa Maṭba’ah Muṣtafā al-Bābī al-Ḥalabī.
Ibn Kathīr, Ismā’īl bin ‘Umar. (1997). Al-Bidāyah wa al-Nihāyah (’Abd Allāh bin ‘Abd al-Muḥsin al-Turki, Ed.). Qāhirah: Dār Hajar li al-Ṭiba’ah wa al-Nasyr wa al-Tauzī’ wa al-I’lān.
Ibn Khallikān, Shams al-Dīn. (1971). Wafayāt al-A’yān wa Anbā’ Abnā’ al-Zamān. (Ihsān ‘Abbās, Ed.). Bayrūt: Dār Ṣādir
Ibn Sayyid al-Nās. (1993). ‘Uyūn al-Athar fi Funūn al-Maghāzī wa al-Shamāil wa al-Siyar. Bayrūt: Dār Al-Qalam.
Muhamad Rozaimi Ramle. (2014). al-Manhaj al-Naqdī li Riwāyat al-Maghāzī wa al-Siyar ‘inda Ibn Qayyim al-Jawziyyah: Dirāsah Taṭbiqiyyah ‘ala Kitāb Zād al-Ma’ād fi Hadyi Khayr al-‘Ibād. Jordan: Universiti of Jordan
Saifuddin Yusof. (2012) Metodologi Penerimaan Riwayat Sejarah Antara al-Bukhāri dan Ibn Isḥāq Kajian Perbandingan. Disertasi Sarjana. Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

Additional Files

Published

2026-05-13

Issue

Section

Bahasa Melayu

How to Cite

Metodologi Ibn Ḥajar Terhadap Riwayat Ibn Isḥāq berkaitan al-Maghāzī dalam Kitab Fatḥ al-Bārī: Ibn Ḥajar’s Methodology in Assessing Ibn Isḥāq’s Maghāzī Narrations in Fatḥ al-Bārī. (2026). HADIS, 16-28. https://doi.org/10.53840/hadis.vi.336