Pengurusan Psikologi Kekeluargaan: Penelitian Terhadap Keperihalan Khadījah RA dalam Ṣaḥīḥ al-Bukhārī

The Conduct of Family Psychology: A Comprehensive Review of Khadījah RA in Ṣaḥīḥ al-Bukhārī

Authors

  • Rahim Kamarul Zaman Department of Aqidah and Islamic Thought, Academy of Islamic Studies, University of Malaya, Kuala Lumpur
  • Mohd Khairul Naim Che Nordin Department of Aqidah and Islamic Thought, Academy of Islamic Studies, University of Malaya, Kuala Lumpur
  • Khairulnazrin Nasir Department of al-Quran and al-Hadith, Academy of Islamic Studies, University of Malaya, Kuala Lumpur
  • Muhammad Adam Abd. Azid Department of al-Quran and al-Hadith, Academy of Islamic Studies, University of Malaya, Kuala Lumpur

DOI:

https://doi.org/10.53840/hadis.v10i19.82

Keywords:

Conduct, Psychology, Family, Khadījah RA, Ṣāḥīḥ al-Bukhārī

Abstract

The conduct of family psychology is an important element in the development of family institutions. The position of women in the family structure greatly influence their stability. The highlight of Khadījah's Binti Khuwaylid RA descriptions proves her privilege alongside the Messenger of Allah (PBUH). She was also considered the best woman among the Ummahāt al-Mu'minīn. Her ability to maintain the family psychological stability has been a catalyst for the sustainability of Islamic preaching to date. Therefore, this study aims to comprehensively review the description of Khadījah RA in the hadiths narrated in Ṣaḥīḥ al-Bukhārī. This paper will also analyse the model of family psychology management that Khadījah RA has practised. The application of this theory is based on the qualitative method through a textual analysis approach. The results of this study found that Khadījah RA conducted various methods in managing family psychology that is appropriate for women to apply. In conclusion, the quality portrayed by Khadījah RA deserves to be considered as the best model of Islamic family psychology management.

ABSTRAK:

Pengurusan psikologi kekeluargaan adalah elemen penting dalam pembangunan institusi kekeluargaan. Kedudukan wanita dalam struktur kekeluargaan amat mempengaruhi kestabilannya. Sorotan terhadap keperihalan Khadījah Binti Khuwaylid RA membuktikan keistimewaan beliau di samping Rasulullah SAW. Beliau juga dinobatkan sebagai wanita terbaik dalam kalangan Ummahāt al-Mu’minīn. Keupayaan beliau dalam memelihara kestabilan psikologi kekeluargaan berjaya menjadi pemangkin kelestarian dakwah Islam sehingga kini. Justeru, kajian ini bertujuan membincangkan keperihalan Khadījah RA berdasarkan hadis-hadis yang diriwayatkan dalam Ṣaḥīḥ al-Bukhārī. Makalah ini juga akan menganalisis model pengurusan psikologi kekeluargaan yang telah dipraktikkan oleh Khadījah RA. Kajian berbentuk aplikasi teori ini, digarap berasaskan metode kualitatif melalui pendekatan analisis teks. Hasil kajian ini mendapati keperihalan Khadījah RA adalah sarat dengan pelbagai metode pengurusan psikologi kekeluargaan yang sesuai diaplikasi oleh kaum wanita. Kesimpulannya, kualiti keperihalan Khadījah RA layak dinobatkan sebagai model terbaik pengurusan psikologi kekeluargaan secara Islam.

Downloads

Download data is not yet available.

Author Biography

  • Rahim Kamarul Zaman, Department of Aqidah and Islamic Thought, Academy of Islamic Studies, University of Malaya, Kuala Lumpur

    Ahli akademik berketurunan Pahang yang telah mendapat pendidikan awal di sekolah rendah aliran integrasi di Kuala Lumpur. Kemudian beliau telah melanjutkan pengajian peringkat menengah di Klang dan Bangi. Turut mendapat Sijil Pengajian Bahasa Arab di Pusat Bahasa Arab kelolaan Yayasan Islam Kelantan di Nilam Puri. Seterusnya, Beliau telah mendapat pendidikan peringkat diploma di Jabatan Usuluddin, Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Kelantan. Beliau juga telah mendapat pendidikan peringkat Sarjana Muda Usuluddin dengan Kepujian dalam bidang Akidah dan Falsafah di Jabatan Usuluddin dari Universiti Al-Azhar di Kaherah, Mesir.  Seterusnya beliau telah mendapat pendidikan peringkat Sarjana di Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Kini beliau meneruskan pengajian di Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Universiti Malaya (UM). Beliau banyak menulis kertas kerja dan dibentangkan di seminar-seminar di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Penulisan beliau merangkumi bidang al-Quran, Hadis, akidah, psikologi, sosiologi dan pemikiran Islam. Beliau turut aktif terlibat dalam lapangan dakwah di peringkat Malaysia dan berpengalaman mengajar di Prague Islamic Center, Czech Republic. Kini beliau bertugas sepenuh masa sebagai pensyarah di Jabatan Usuluddin, Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan. Beliau boleh dihubungi pada alamat emel: abdulrahimkz51@gmail.com.

Published

2020-06-11

Issue

Section

Bahasa Melayu

How to Cite

Pengurusan Psikologi Kekeluargaan: Penelitian Terhadap Keperihalan Khadījah RA dalam Ṣaḥīḥ al-Bukhārī: The Conduct of Family Psychology: A Comprehensive Review of Khadījah RA in Ṣaḥīḥ al-Bukhārī. (2020). HADIS, 10(19), 538-550. https://doi.org/10.53840/hadis.v10i19.82