Pendekatan Maqāmāt Abū Ṭālib al-Makkī (W. 386 H.) dalam pencegahan dadah golongan berisiko
Approaches of Maqāmāt Abū Ṭālib Al-Makkī (D. 386 H.) in drug addiction prevention among risk group
DOI:
https://doi.org/10.53840/hadis.v10i20.90Keywords:
Dadah, Golongan Berisiko, Terapi Psikospiritual, Islam, Abū Ṭālib al-MakkīAbstract
Permasalahan penagihan dadah dalam masyarakat pada hari ini amat meresahkan meskipun pelbagai kajian dan pendekatan telah diambil untuk menyelesaikan isu ini. Statisitik penambahan penagih dadah baru dan berulang pada saban tahun pula menunjukkan keperluan terhadap penambahbaikan terhadap usaha pencegahan sedia ada. Langkah pencegahan merupakan kaedah mengatasi dadah yang terbaik kerana keberkesanannya serta menjimatkan kos. Tambahan pula, golongan berisiko merupakan golongan yang wajar didekati supaya tidak terjebak dengan gejala yang lebih teruk iaitu penagihan. Terapi psikospiritual Islam merupakan satu kaedah rawatan kerohanian yang berteraskan amalan-amalan Islam dan bersumberkan rujukan ketuhanan. Rawatan ini menfokuskan kepada penyucian jiwa dan pemantapan rohani serta berobjektif mendapatkan keredhaan Allah SWT. Terapi kerohanian yang diterapkan dalam pendekatan psikospiritual Islam mempunyai beberapa faktor pelindung yang dilihat dapat mengatasi faktor risiko dalam golongan berisiko. Pencegahan golongan berisiko ialah dengan mengatasi faktor risiko. Justeru, dengan menggunakan metode kualitatif, artikel ini menghuraikan pendekatan psikospiritual Islam menurut Abū Ṭālib al-Makkī serta disesuaikan dalam membentuk pencegahan dadah golongan berisiko. Dapatan artikel ini menunjukkan pendekatan Abū Ṭālib al-Makkī mengandungi faktor pelindung pegangan agama, daya tahan, jati diri, penghargaan, pengharapan, bersyukur, berdikari, tujuan hidup dan kasih sayang. Oleh demikian, melihat dan menangani isu penagihan dadah berdasarkan pendekatan psikospiritual Islam merupakan alternatif yang mesti diperkasakan.
Downloads
Downloads
Published
Issue
Section
License
Upon acceptance of an article, Authors will be asked to transfer copyright. This transfer will ensure the widest possible dissemination of information. A notification will be sent to the corresponding Author confirming receipt of the manuscript.
If excerpts from other copyrighted works are included, the Author(s) must obtain written permission from the copyright owners and credit the source(s) in the article.
Also, this work is licenced under a http://creativecommons.org/licenses/by/4.0




