KITAB-KITAB HADITH DALAM PENGAJIAN TAKMIR DI INSTITUSI MASJID DI PERLIS: KAJIAN TINJAUAN

Keywords: Kitab hadith; pengajian takmir; institusi masjid; Perlis.

Abstract

Peranan program takmir dalam pengajian hadith di institusi masjid adalah nukleus ke arah melahirkan komuniti muslim madani dalam menghayati sunnah Rasulullah SAW. Institusi masjid merupakan platform kegiatan ibadah, kuliah agama dan pengajian tafaqquh. Syarahan kitab pengajian hadith turut didedahkan di institusi masjid seluruh negeri Perlis. Penyebaran hadith yang berautentik dan berautoriti telah menjadi kesedaran dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia, iaitu penyampaian hadith yang sahih dan hasan dalam kalangan guru takmir yang memiliki tauliah. Oleh demikian, kertas kerja ini akan membincangkan kitab-kitab hadith yang digunakan dalam pengajian hadith dengan meninjau lima buah masjid daerah di Perlis dan menganalisis pendapat jemaah masjid yang menghadiri kuliah pengajian yang disediakan. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif berbentuk temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen. Dapatan kajian menunjukkan keberkesanan kuliah pengajian hadith di institusi masjid di Perlis berada pada tahap yang positif dari sudut pemilihan kitab-kitab hadith, sambutan jemaah terhadap kitab hadith yang diajar dan kesesuaian kitab-kitab hadith dengan tahap kemampuan jemaah masjid. Harapan melalui kajian ini dapat menyuntik minat keterlibatan

Downloads

Download data is not yet available.

References

Abdul Halim, A., Yabi, S. & Hoque, M. (2019). Penglibatan ahli akademik terhadap pengajaran hadith. Journal of Hadith Studies 4(1): 2550-1448.
Abdul Wafir, S. (2006). Pengajian hadith di negeri Perak: Suatu kajian di Sekolah Menengah Agama Izzuddin Shah, Ipoh, Perak. (Disertasi Sarjana). Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Bahagian Pengajian Usuluddin, Akademik Pengajian Islam, Universiti Malaya.
Abdullah, W.H., Ramle, M. R., Abdul Rahim, M. M., & Borham, A. H. (2017). Kaedah syarh al-hadith dalam pengajian hadith di institusi masjid di daerah Muallim negeri Perak. Kertas yang dibentangkan dalam Persidangan Antarabangsa Kelestarian Insan 2017 (INSAN 2017) di Ayer Keroh, Melaka, Malaysia, pada 1– 2 November 2017.
al-‘Adawi, M. (2002). Shahih al-Ahadith al-Qudsiyyah. Mesir: Dar al-fajr Li al-Turath.
al-Asqalani, I. H. (2007). Terjemahan lengkap Bulughul Maram. Jakarta : AKBAR. Hlmn xiii.
al-Badr, A. R. (2014). Syarh syamail al-Nabiy. Cetakan Pertama. Riyadh: Maktabah Malik Fahd.
al-Bukhari, M. I. (2011). Al-Adab al-Mufrad. Riyadh: Maktabah Al-Salafiyyah.
al-Nawawi, M. Y. (1987). Riyadhus solihin. Beirut : Maktabah Dar al-Jil. Hlm. 4-5.
al-Nawawi, M. Y. (1989). Hadith 40 (terjemahan dan syarahnya). Kuala Lumpur : Dewan Pustaka Fajar. Hlm. 53.
al-Nawawi, M. Y. (2008). Matan al-Arbain an-Nawawi (text, translation and notes). Cet 3. Petaling Jaya : Islamic Book Trust. Hlm. vi.
al-Qahthani, S. (2000). Hisn al-Muslim Min al-Kitab Wa al-Sunnah. Riyadh: Maktabah Malik Fahd.
al-Tirmidzi, M. I. (2008). Syamail Muhammad (keperibadian Rasulullah SAW). Kuala Lumpur: Telaga Biru. Hlm. xxi.
Budin, A. (2016). Keberkesanan kelas takmir dalam pengajian hadis di masjid daerah Melaka Tengah: Pendekatan dan penambahbaikan. Jurnal Ulwan 1, 2016: 88-110.
Deraman, F., Suliaman, I. & Ahmad Shah, F. (2010). Pengajian hadith di Malaysia: Tokoh, karya dan institusi. Universiti Malaya, Kuala Lumpur: Jabatan al-Quran dan al-Hadith.
Isa, M. A. & Amran, N. N. (2017). Pengajian hadith di masjid Malaysia. Fikiran Masyarakat 5(1), 14-20.
Isnaeni, L. (2011). Response jama’ah pengajian hadith di Masjid al-Salam Bintang Jaya 3A Tangerang. Tesis Sarjana Fakulti Ilmu Dakwa dan Ilmu Komunikasi, Jurusan Komunikasi & Penyiaran Islam, Universiti Islam Negeri Syarif Hidayatullah, Jakarta.
Johari, M. A. (2016). Pengajian hadis di masjid dan surau: Analisis terhadap kefahaman hadis. Jurnal Hadhari 8 (2), 295-308.
Nasir, M. N., Soroni, M. K., Wazir, R., A. Adi, M. F., Hasan Adali, N. A. (2016). Kitab-kitab hadith dalam pengajian di masjid-masjid Selangor: Kajian tinjauan. Kertas Prosiding yang telah dibentangkan dalam 1st INHAD International Muzakarah & Mu’tamar on Hadith 2016 pada 25 April 2016 di Federal Hotel, Kuala Lumpur.
Tamuri, A. H., & Nik Yusoff, N. M. R. (2011). Kaedah pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam. Bangi: Penerbit UKM.
Published
2023-05-25
How to Cite
AHMAD, K. A., Muhammad Lukman Mat Sin, Ameer Ikhwan Zaini, & Mohd Asri Ishak. (2023). KITAB-KITAB HADITH DALAM PENGAJIAN TAKMIR DI INSTITUSI MASJID DI PERLIS: KAJIAN TINJAUAN. HADIS, 13(25), 1-9. https://doi.org/10.53840/hadis.v13i25.171
Section
Bahasa Melayu