SALASILAH SANAD KITAB TURATH HADIS DALAM AL-ATHBAT WA AL-MASANID (AWM) NUSANTARA: ANALISIS GHAYAH AL-RUSUKH FI MU‘JAM AL-SHUYUKH KARYA AL-MUSNID SYEIKH MUHAMMAD HUSNI GINTING AL-LANGKATI (1980-2020M)

  • FARHAH ZAIDAR MOHAMED RAMLI KUIS
Keywords: salasilah, sanad, ijazah, al-musnid, nusantara

Abstract

Al-Athbat wa al-masanid (AWM) merupakan kumpulan karya  penting yang merekodkan salasilah sanad keilmuan Islam berteraskan kitab-kitab turath dalam pelbagai bidang termasuk hadis. Pengkaryaan ini muncul hasil implementasi daripada pengaruh periwayatan salasilah sanad yang masih diaplikasikan oleh ilmuwan Islam setiap kurun sehingga kini. Dampak ketara kelansungan kegiatan ini dipertahankan adalah demi pengekalan kesinambungan sanad kepada Rasulullah SAW berwasilahkan pengarang kitab turath hadis terutamanya. Namun dalam konteks Nusantara, jaringan salasilah sanad kitab-kitab turath hadis yang terkandung dalam kumpulan karya ini amat jarang diterokai. Sedangkan ia mustahak dikenal pasti membabitkan pembuktian empirikal kelangsungan ilmu periwayatan hadis berdasarkan penglibatan ilmuwan nusantara terbabit. Justeru kajian ini bertujuan untuk menganalisis salasilah sanad kitab turath hadis yang terkandung dalam Ghayah  al-Rusukh fi Mujam al-Shuyukh karya al-Musnid Syeikh Muhammad Husni Ginting al-Langkati (1980-2020M). Data kajian dikumpulkan berasaskan metode analisis dokumen dan temu bual mendalam terhadap pengarang (partisipan). Analisis data dilakukan secara deskriptif. Perbincangan melibatkan profil pengarang, profil karya, analisis salasilah sanad kitab turath hadis dan faktor kelangsungan karya. Kajian merumuskan bahawa karya ini merupakan karya thabat terpenting Nusantara pada masa mutakhir. Rentetan isi kandungannya yang merekodkan sanad keilmuan berteraskan 12 buah kitab turath  hadis berlatarkan pelbagai kesinambungan rantaian bersumberkan daripada 165 orang guru ijazah yang terdiri daripada timur dan barat dunia Islam. Jarang-jarang pengamal sanad nusantara mutakhir berusaha untuk memperbanyakkan guru ijazah dalam jumlah ratusan orang. Guru-guru tersebut pula merupakan tokoh al-musnid abad ini yang sukar dicari ganti. Justeru salasilah keilmuan yang bersambung menerusi para tokoh terbabit adalah memiliki harga yang tinggi dalam konteks riwayat dan sanad ilmu-ilmu agama khususnya ilmu hadis.

Downloads

Download data is not yet available.

References

‘Abd al-Fattah, A. B. (1992). Al-Isnad min al-Din. Beirut: Dar al-Qalam.
‘Ali Jumu‘ah, Muhammad. 2004. Al-Madkhal Ila dirasah al-Madhahib al-Fiqhiyyah. Kaherah: Dar al-Salam.
al-Barni, ’Ashiq al-Ilahi. (1988). Al-’Anaqid al-ghaliyyah min al-asanid al-’aliyyah. Deoband: Maktabah Deoband.
Brown, J.A.C. (2009). Hadith Muhammad’s legacy in the medieval and modern world. Oxford: Oneworld Publications.
Farhah Zaidar Mohamed Ramli (2014). Faktor-Faktor Dorongan Aplikasi Talaqqi Bersanad (TB) Dan Keperluan Dalam Pengajian Hadis Di Malaysia. Tesis Doktor Falsafah, Jabatan Al-Quran Dan As-Sunnah. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Farhah Zaidar et. al. (2017). Salasilah Sanad Kitab Turath Hadis Tokoh Ulama Kelantan Tuan Guru Haji Abdullah Lubok Tapah. Hadis International Reviewed Academic Journal vol. 7, no. 14, Disember. https://hadis.kuis.edu.my/index.php/inhad/article/view/23
Ghassan ‘Isa, Muhammad Hirmas. (2014). Kutub al-Athbat wa Dauruha fi Hifz Turath Ahl al-Hadith. Majallah Jami‘ah al-Qudsi al-Maftuhah li al-Abhath wa al-Dirasat ـ Jilid 2 (39): 189-229.
al-Ghawri, Sayyid ‘Abd al-Majid. (2007). Mu‘jam al-mustalahat al-hadithiyyah. Dimashq: Dar Ibn Kathir.
Ibn Hajar al-‘Asqalani, Ahmad bin ‘Ali. (1992). Al-Majma‘ al-mu’assis li al-mu‘jam al-mufahris. Tahqiq: Yusuf ‘Abd al-Rahman al-Mar‘ashli. Jil. 1. Beirut: Dar al-Ma‘rifah.
al-Kattani, A.H.A. (1982). Fahras al-Faharis wa al-Athbat wa Mu‘jam al-Ma‘ajim wa al-Mashyakhat wa al-Musalsalat. Tahqiq: Ihsan ‘Abbas. Jil. 1 & 3. Beirut: Dar al-Gharb al-Islamiyy.
al-Mar‘ashli, Y. A. R. (2002). Mu’jam al-Ma‘ajim wa al-Mashyakhat wa al-Faharis wa al-Baramij wa al-Athbat. 4 Jil. Riyad: Maktaba al-Rushd.
Mohd. Khafidz et. al. (2016). Keprihatinan Ulama Nusantara Dalam Mendokumentasikan Sanad Ilmu-ilmu Pengajian Islam. Tokoh-tokoh Ulama Melayu Nusantara (pp. 425-455) Bangi: Pusat Pengajian Teras, KUIS.
M. Husni, Ginting al-Langkati al-Azhari.(t.th.) Ghayah al-Rusukh fi Mu‘jam al-Shuyukh. T.tp: Dar al-Turki li al-Tiba‘ah
M. Husni, Ginting al-Langkati al-Azhari. (2020). Kajian Salasilah Sanad Kitab Turath Hadis dalam al-Athbat wa al-Masanid (AWM) di Malaysia dan Indonesia. Temu bual, 03 Mac.
al-Nadwi, Muhammad Akram. 2021. al-Wafa’ bi Asma’ al-Nisa’ Mausu‘ah Tarajim ‘A’lam al-Nisa’ fi al-Hadith al-Nabawiyy al-Sharif. Beirut: Dar al-Najah & Arab Saudi: Dar al-Minhaj.
Published
2023-06-29
How to Cite
MOHAMED RAMLI, F. Z. (2023). SALASILAH SANAD KITAB TURATH HADIS DALAM AL-ATHBAT WA AL-MASANID (AWM) NUSANTARA: ANALISIS GHAYAH AL-RUSUKH FI MU‘JAM AL-SHUYUKH KARYA AL-MUSNID SYEIKH MUHAMMAD HUSNI GINTING AL-LANGKATI (1980-2020M). HADIS, 13(25), 28-45. https://doi.org/10.53840/hadis.v13i25.225
Section
Bahasa Melayu