Salasilah Sanad Kitab Sahih al-Bukhari Tuan Guru Haji Hashim Pasir Tumboh 1923-2011M: Tmpuan Terhadap Ghayah al-Rusukh fi Mu‘jam al-Shuyukh Karya Sheikh Husni Ginting al-Langkati 1980-2020M
DOI:
https://doi.org/10.53840/hadis.v14i28.261Keywords:
salasilah, sanad, kitab turath, hadis, Tuan Guru Haji Hashim Pasir Tumboh.Abstract
Ghayah al-Rusukh fi Mu‘jam al-Shuyukh karya Sheikh Muhammad Husni Gingting al-Langkati (1980-2020M) merupakan penulisan terpenting dalam konteks dokumentasi kesinambungan salasilah sanad kitab-kitab turath hadis untuk jalur Nusantara. Karya kategori thabat ini mengandungi 165 sampel salasilah sanad berteraskan 12 buah kitab turath hadis yang berkesinambungan antara pengarang dengan 165 orang guru musnid yang berasal daripada 20 buah negara sama ada timur atau barat dunia Islam. Mereka merupakan tokoh musnid abad ini yang sukar dicari ganti. Pengarang turut memuatkan 10 sampel salasilah melibatkan 10 orang tokoh musnid kelahiran Malaysia termasuk Tuan Guru Haji Hashim Pasir Tumboh (1923-2011M) yang amat sukar ditemui. Oleh sebab itu, ia turut jarang dapat dikupas secara kritis. Namun kupasan berkenaan mustahak diketengahkan sebagai bukti empirikal kelangsungan ilmu periwayatan hadis melibatkan jalur nusantara berasaskan penglibatan pengarang dan tokoh berkenaan. Justeru makalah ini bertujuan untuk meneliti salasilah tokoh terbabit berdasarkan analisis kandungan terhadap karya tersebut. Dapatan dan perbincangan kajian dianalisis secara deskriptif. Dapatan dikupas berdasarkan latar belakang tuan guru, guru riwayat utama, murid riwayat utama dan sampel salasilah. Manakala perbincangan kajian ditumpukan kepada lima aspek iaitu relevansi permintaan dan pemberian al-ijazah, kepentingan karya thabat sebagai sumber rujukan dan penyelidikan salasilah ulama, penemuan ribuan, ratusan dan belasan judul-judul kitab turath bersanad sumber inspirasi kegiatan talaqqi, faktor kelahiran musnid ulung serta keperluan penubuhan platform rehabilitasi sanad ilmu pengajian Islam Nusantara.
Downloads
References
al-Fadani, M.Y.I. 2008. Al-Maslak al-Jaliyy fi Asanid Muhammad ‘Ali bin Hussayn bin Ibrahim al-Maliki al-Makki. Beirut: Dar al-Basha’ir al-Islamiyyah.
Farhah Zaidar et. al. 2017. Salasilah Sanad Kitab Turath Hadis Tokoh Ulama Kelantan Tuan Guru Haji Abdullah Lubok Tapah. Hadis International Reviewed Academic Journal vol. 7, no. 14, Disember, hlm. 1-23.
Farhah Zaidar M. R. (2023). Salasilah Sanad Kitab Turath Hadis dalam al-Athbat wa al-Masanid (AWM) Nusantara: Analisis Ghayah al-Rusukh fi Mu‘jam al-Shuyukh Karya al-Musnid Syeikh Muhammad Husni Ginting al-Langkati (1980-2020M). HADIS Journal in Hadith Studies. Vol. 13. No. 25 (2023), hlm 28-45.
Farhah Zaidar M. R. et. al., 2020. Kajian Karya al-Athbat Ilmuwan Malaysia dan Indonesia Abad 14 hingga 15 hijrah. E-Prosiding 7th International Research Management & Innovation Conference( 7th IRMIC 2020, hlm. 108-133. e-conference, 26-28 October 2020. Kajang: KUIS.
Farhah Zaidar M. R. 2019. Ijazah Periwayatan Sanad Kitab Turath Hadis: Analisis al-Mawahib al-Ilahiyyah fi al-Asanid al-'Aliyyah Karya Muhammad Salih bin ‘Uthman Jalal al-Din al-Malayuwi al-Makki (1928-2012M). Journal of Ma‘alim al-Quran wa al-Sunnah vol. 15, No. 1, 2019, hlm. 29-48
al-Ghamidi, D. S. H. (2008). Al-Wijazah fi al-Athbat wa a-Ijazah. Beirut: Dar Qurtubah.
Ibn Hajar al-‘Asqalani, A.A. 1992. Al-Majma‘ al-mu’assis li al-mu‘jam al-mufahris. Tahqiq: Yusuf ‘Abd al-Rahman al-Mar‘ashli. Jil. 1. Beirut: Dar al-Ma‘rifah.
Khalid ‘Abd al-Salam et. al., 2018. The Libyan Sheikh Muhammed Ali al-Maliki and his Reformist and Religious Journey to the Malaya and Indonesia Countries (1343-1345e). Journal of Islamic Studies and Thought for Specialized Researches (JISTSR) VOL: 4, NO 4, 2018, hlm. 46-65.
M. Husni, Ginting al-Langkati al-Azhari. t.th. Ghayah al-Rusukh fi Mu’jam al-Shuyukh. T.tp: Dar al-Turki li al-Tiba‘ah
M. Salih, ‘Uthman Jalal al-Din al-Malayuwi al-Makki t.th. Kitab al-Mawahib al-Ilahiyyah fi al-Asanid al-'Aliyyah. t.tp.: t.pt.
Mar‘ashli, Y. ‘A. (2002). Mu‘jam al-ma‘ajim wa al-mashyakhat wa al-faharis wa al-baramij wa al-athbat. 4 Jil. Riyad: Maktabah al-Rushd.
al-Nadwi, M.A. (2001). Bughya al-mutabi‘ li asanid al-‘allama al-sharif Muhammad al-Rabi‘. Damshiq: Dar al-Qalam.
“Profil PPPP” .t.th. Muat turun daripada https://epondok.wordpress.com/pengenalan-pppb/ (14 Disember 2023)
“Sejarah Ringkas Pondok Pasir tumbuh” t.th. Muat turun daripada https://epondok.tripod.com/pasir1.htm (14 Disember 2023)
“Syeikh Ali al-Maliki” .(2013). Muat turun daripada 2013https://ibadurrahman99.files.wordpress.com/2013/10/0613b-syeikhalial-maliki.jpg
“Tok Guru ma’had Darul Ulum Mekah” (2009) muat turun dari https://kiyaikusen.blogspot.com/2009/04/tok-guru-mahad-darul-ulum-makkah.html (21 Disember 2023)
“Tuan Guru Haji Hashim Pasir Tumboh” (2008) Muat turun daripada https://epondok.blogspot.com/2008/05/tuan-guru-hj-hashim-pasir-tumboh.html (4.12.2023)
Downloads
Published
Issue
Section
License
Upon acceptance of an article, Authors will be asked to transfer copyright. This transfer will ensure the widest possible dissemination of information. A notification will be sent to the corresponding Author confirming receipt of the manuscript.
If excerpts from other copyrighted works are included, the Author(s) must obtain written permission from the copyright owners and credit the source(s) in the article.
Also, this work is licenced under a http://creativecommons.org/licenses/by/4.0





